APAM PISANG


Picture_508

Kek pisang kukus. Resepi paling senang..jun buat x payah sukat2 pun..mmg jadik punye..


Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )

  • 6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
  • 4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telur
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

  • Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
  • Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
  • Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.

0 comments:

Post a Comment