Maggie goreng basah


Maggie_basah

resepi ni simple je..


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • bawang merah-dikisar
  • bawang putih-dikisar
  • cili kering-dikisar
  • 1 paket maggi
  • garam
  • kiub pati ayam knorr
  • kicap
  • sos tiram
  • 3 mangkuk kecil air
  • 2 biji telur

Cara-cara

  • Panaskan kuali dengan minyak masak.
  • Setelah minyak panas, tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar.(ikut cita rasa masing-masing)-kalau nak pedas masukkan banyak, kalau tidak boleh dikurangkan.
  • Masukkan 2 sudu kicap & 2 sudu sos tiram.
  • Tambah 3 mangkuk kecil air.
  • Tambahkan 1/2 kiub pati ayam knorr dan secubit garam.
  • Masukkan 1 paket maggi tanpa perisa lain. Biarkan sehingga kuah menggelegak dan sehingga maggi lembut.
  • Setelah maggi lembut dan kuah hampir kering masukkan pula 2 biji telur dan gaul sehingga sebati.

0 comments:

Post a Comment