MAGGIE GORENG 2


Meegoreng

maggie goreng perisa kari

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis

utk hiasan:

  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah

Cara-cara

  • Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  • Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  • Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  • Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  • Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  • Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.

0 comments:

Post a Comment