ROJAK INDIA 2


Rojak_india

sedap dibuat makan petang

Bahan-bahan ( 5 orang )


- Bahan Cucur -
  • 1 cawan tepung
  • 1/4 st baking powder
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • 1 st gula
  • 1/4 st garam
  • 125 ml air

- Bahan kuah -

  • 300g keledek
  • 1.5 liter air
  • 1 sb asam jawa
  • 75 ml air
  • 3 bj bawang merah - cincang halus
  • 2 bj lada merah - dikisar
  • 1/3 st garam
  • 3 sb gula
  • 20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
  • 1/2 st kicap masak hitam
  • 1/2 sb cuka
  • 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara

Untuk bahan cucur :

  • Campurkan semua bahan kecuali telur.
  • Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
  • Masukkan telur dan kacau rata.
  • Panaskan minyak dan goreng keemasan dan dihiris. Siap

Untuk bahan kuah :

  • Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili merah. Tuang keledek & kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
  • Masuk kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera

Bahan sampingan -

  • telur rebus
  • taugeh yg dicelur seminit dalam air panas
  • timun yg dipotong memanjang.

0 comments:

Post a Comment