Roti Canai buat sendiri, ambil masa 6 jam. Resepi dari seorang kawan.
Bahan-bahan ( 5 - 8 orang (sorang 4 keping) )
- 1 kg tepung gandum (Tepung cap pen / cap kunci / cap sauh, kalau tidak ada tepung biasa pun boleh tetapi biar tepung gandum high protien)
- 15 gm garam
- 450 ml air suam (lebih kurang 450 gm)
- 2 biji telur ayam (Kalau telur ayam yang diambil dari dalam peti sejuk keluarkan terlebih agar suhu telur ayam bertukar kepada suhu bilik)
- 80 gm susu pekat
- 25 gm ramuan rahsia istimewa roti canai (lebih kurang 2 sudu besar)(boleh pesan melalui saya)
Cara-cara
- Masukan tepung gandum ke dalam bekas adunan, biar besar sedikit mudah untuk meng-uli adunan. (Gunakan tepung gandum cap pen atau cap kunci kerana tektur roti canai yang dihasilkan lebih berkualiti dan sedap)
- Masukan 15 gm garam, 80 gm susu pekat, 2 biji telur ayam, 25 gm ramuan istimewa roti canai ke dalam tepung gandum dan akhir sekali 450 ml air suam.
- (Tuang sekali gus kesemua 450 ml air suam, jangan tuang air sedikit demi sedikit kerana akan menyukarkan proses meng-uli dan hasil aduanan akan berbutir-butir.
- Dengan menggunakan air suam hasil roti canai adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan air sejuk)
- Gaulkan kesemua bahan hingga menjadi satu biji doh dan tutup dengan kain bersih (putih dan sedikit jarang) dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit.
- Cukup 10 minit uli semula adunan selama lebih kurang 5 minit.
- Bila sudah lembut dan licin bolehlah dibentuk menjadi doh-doh kecil lebih kurang 20 biji hingga 32 biji doh dengan ukuran besar yang sama.
- Kemudian lumurkan tiap-tiap satu doh dengan marjerin dan atur dalam bekas, tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 1 jam hingga 2 jam atau pun lebih.
Tips-Tips Teknik Menebar Roti Canai.
- Kedua-dua belah tangan disapukan dengan minyak, doh yang dihasilkan kemudiannya dileperkan dengan tapak tangan di atas meja yang licin dan berminyak.
- Doh yang telah dileperkan, dengan tangan kiri memegang di sebelah atas doh sementara tangan kanan memegang bahagian bawah doh dan kemudian tebar hingga besar.
- Setelah ditebar, dilipat empat segi atau bulat dan diketepi seketika apabila hendak dimasak leperkan dengan jari untuk di masak.
- Kemudian masak di atas kuali leper sehingga masak.

































0 comments:
Post a Comment