SATE GORENG


Sate

idea dari kawan2 kat sni

Bahan-bahan ( 1kg daging )

** Bahan perap sate **
  • 3bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci lengkuas
  • 5cm halia
  • 5cm kunyit hidup / 2sb kunyit serbuk
  • 2 batang serai
  • 2sb ketumbar
  • 1sb jintan halus
  • 1sb jintan kasar
  • 10sb gula
  • 200g gula merah
  • 2sb garam
  • 1/2sk ajinomoto
  • 4sb minyak masak
  • 4bj limau sambal
  • 1kg daging / isi ayam

Cara-cara

  • Mesinkan semua bahan2 perap kecuali bahan2 perasa & daging. Kisar sampai halus.
  • Isi ayam dipotong kecil2, kalau guna daging potong lebar dan nipis melawan ira daging. Masukkan dalam plastik bag bersama bahan2 perap tadi.
  • Masukkan pula garam,gula,gula merah,ajinomoto serta minyak masak.
  • Tutup plastik dan goncangkan sekejap supaya bahan2 tadi campur sekata.
  • Buka plastik semula dan perah asam limau.
  • Kemudian blh seal semula plastik tadi.
  • Goncangkan semula supaya semua bahan meresap sekata dalam daging.
  • Perap dlm freezer selama 1 atau 2 hari.
  • Panaskan minyak dalam kuali non stick dan goreng ayam/daging dengan api sederhana sehingga masak.
Jika nk goreng sate dgn bamboo skewers,
  • cucuk daging seperti biasa kemudian goreng daging dgn keadaan berdiri di dalam periuk yg kecil.
  • Hanya daging shj yg terendam di dlm minyak panas.
  • Goreng seperti biasa sehingga daging sate masak.

Tips : nk elakkan bamboo skewers tu mudah patah, rendam di dalam air selama sejam dan pastikan kering sblm di gunakan.

0 comments:

Post a Comment