CHEESE POUNDCAKE


Img_0236

rs creamcheese + lemon yg lembut

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 100g cream cheese
  • 50g non-salt butter
  • 100g gula halus
  • 3bj telur (asingkn putih & kuning)
  • 2sudu besar air perahan lemon
  • 1bj parutan kulit lemon
  • diayak: 160g tepung gandum dan 1 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara

  1. pukul cream cheese, butter dan gula sampai kembang.
  2. dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(meringue).
  3. masukkn dlm adunan(1) kuning telur dan pukul sampai rata. Kemudian masukkn putih telur yg telah dipukul kembang td dan kacau lg sampai rata.
  4. masukkn jus lemon dan kulit lemon. Kacau rata.
  5. masukkn bhn yg diayak dan kacau adunan sehingga sebati.
  6. Img_0234
    lapik bekas dgn kertas minyak. Tuangkan adunan dlm bekas 4segi panjang dan bakar dlm oven pd suhu 170C selama 40 min.

ORANGE CHEESE CAKE


Img_0203

hanya perlu 80g creamcheese!!sodap...


Bahan-bahan ( 5~6 )
  • 80g creamcheese
  • 80g non-salt butter
  • 70g gula halus
  • 2bj telur(L) (diasingkan putih dan kuning)
  • 1 tin orange
  • 50g gula
  • 110g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh esen perisa oren

Cara-cara

  1. tepung gandum,tepung jagung dan baking powder diayak sekali.Ketepikan.
  2. Img_0189
    dlm bekas yg sama,creamcheese,gula halus dan butter diratakn dgn tangan. Setelah adunan rata, gunakan handmixer dan pukul sampai adunan menjadi agak keputihan dan lembut.
  3. Img_0190
    masukkan kuning telur dan esen oren.
  4. Img_0173
    dlm bekas yg lain, pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh dr jumlah gula dan pukul lagi dlm beberapa minit. Setelah itu masukkan baki gula dan pukul lagi sampai telur benar2 kembang.a-cara di sini
  5. Img_0192
    masukkan separuh putih telur yg telah kembang dan separuh bhn yg diayak ke dlm adunan. Kacau rata.
  6. setelah itu masukkan baki putih telur dan bhn diayak dan kacau lagi sampai rata.
  7. Img_0193
    setelah adunan rata dan lembut, masukkan separuh adunan kedlm bekas bakar yg telah diletakkan kertas minyak. Susun buah oren diatas adunan.
  8. masukkan baki adunan ke atas bekas yg telah disusun buah oren td. Setelah itu, susun lagi baki buah oren diatas adunan. (jadi ada dua lapis buah oren)
  9. bakar pd suhu 180C selama 20min dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dahulu. Kemudian bakar lagi pd suhu 160C selama 30 minit.
  10. Img_0202
    boleh la kelurkan kek yg telah siap dibakar setelah kek sejuk.

nasi goreng cheddar

Image_103_

irralishah33@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

BAHAN A

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • ikan bilis (rendam ngan air sikit)

BAHAN B

  • ikan bilis (cuci bersih)
  • 2 sudu besar minyak masak (irra guna canola oil)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit belacan
  • satu mangkuk kecil cheddar yg diparut halus
  • 2 mangkuk nasi sejuk

Cara-cara

  • tumbuk bahan A, bagi sebati.
  • panaskan minyak,goreng ikan bilis sampai garing. ke tepikan.
  • masuk kan bahan A,goreng garing. masuk kan telur,hancur2 kan.
  • masuk kan nasi sejuk,gaul rata. masuk kan serbuk belacan,garam. gaul hingga sebati.
  • akhir sekali,masuk kan cheddar...gaul...tutup api.
  • masuk kan kedalam pinggan. hiasan,letak lebihan cheddar ke atas nasi goreng itu.

Asam pedas ikan pari

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • belacan(sebesar ibu jari tangan)
  • segenggan daun kesum
  • setangkai bunga kantan
  • sebiji timun
  • garam dan bahan perasa
  • 2 mangkuk air

Cara-cara

  • kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
  • masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
  • masukkan asam keping
  • tambahkan air
  • masukkan ikan pari
  • masukkan daun kesum dan bunga kantan
  • tambah garam dan perasa
  • potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas
  • biar mendidih sehingga ikan dan timun masak, hidangkan

ASAM PEDAS IKAN DAN NANAS


Step_by_step

Masakan baba dan nyonya

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

  • 3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia *
  • 1 keping hirisan lengkuas*
  • 3 biji buah keras*
  • Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  • Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
  • Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
  • Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

Asam pedas melaka


Picture_1141

resepi dr mak, tp agak2 je..sbb diorang masak x sukat2..so jun ikut rasa sendiri..heee..


Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  • panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  • masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  • masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

KEK LAPIS KIPAS - ROLL KIPAS ( 4 )


Roll_kipas2

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji roll )

BAHAN2 A:

15 biji Kuning Telur
6 biji Putih Telur
250g Gula halus
200g Tepung Hong Kong / superfine
1 camca Ovalette
50g Tepung Jagung

BAHAN2 B:

450g Mentega
4 camca Susu pekat manis
1 tin kecil Seri kaya

BAHAN C:

Pewarna Merah, Hijau, Kuning

BAHAN2 KULIT:

10 biji Kuning telur
4 biji Putih telur
150g Tepung Hong Kong
150g Gula Kastor
20g Tepung Aiskrim
1 camca Ovalette
1 camca teh serbuk penaik
50ml Air ais
125ml Mentega cair
1 botol jem strawberi

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
  2. Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
  3. Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
  4. Myresipi-cutter
    Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.

CHILLED OREO CHEESECAKE


Tini2

Cheese cake, tak perlu bakar

Bahan-bahan ( 8-12 )

  • 200g Oreo biscuits (cream removed, leaving only the biscuit), finely crushed
  • 100g chocolate sponge cake, mashed
  • 60g butter, melted
  • For the topping: 500g cream cheese, at room temperature
  • Finely grated rind of 1 lemon
  • 65g butter, at room temperature
  • 100g castor sugar
  • Juice of 1 lemon
  • 3 tsp gelatine
  • 1 1/4 cups whipping cream, whipped until just stiff
  • 50g Oreo biscuits (cream removed), crushed coarsely

Cara-cara

  • Lightly grease a 20cm spring form pan. Melt butter in a small container on power medium high for five to 10 seconds in a microwave oven.
  • Mix melted butter, biscuit crumbs and chocolate sponge cake until evenly mixed.
  • Transfer mixture into the spring form pan; spread evenly. Use a flat-bottomed glass and press mixture evenly over the base. Refrigerate for 30 minutes or until firm.
  • Blend cream cheese, sugar and lemon rind until smooth; add butter and continue to blend until smooth.
  • Mix lemon juice and gelatine in the microwave oven. Heat on power high for 30 seconds, uncovered.
  • Stir until the gelatine is dissolved, then pour the gelatine mixture into the cheese mixture.
  • Gently fold whipped cream into cream cheese mixture. Stir in biscuit crumbs and pour mixture into a prepared cake tin. Refrigerate for at least three to four hours or until set.
  • To remove, run a knife around the inside of the tin and turn cheesecake out onto a serving dish.


VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN


Vietnamese_chicken

senang & cepat disediakan


Bahan-bahan ( 5 org )
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2
  • 3sb gula
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  • Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  • Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

PUDING TAPAI UBI BERKUAH


Dscf0495,

Resepi lama dari kawan ofis, sedap macam ice-cream bila makan ketika sejuk.


Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 1 paket tapai ubi (6 ketul)
  • 600 ml susu segar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 sudu pes pandan/setitis pewarna hijau

Untuk Kuah:-

  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  • ( Masak semua bahan kuah atas api perlahan. Tutup api bila mendidih dan sejukkan.)

Cara-cara

  • Buangkan empulur tapai ubi, satukan bahan dan masukkan dalam blender.
  • Blend bahan-bahan lebih kurang 3 minit atau hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang/mangkuk kecil tahan panas yang telah dititiskan dengan sedikit pes pandan/pewarna. Kukus lebihkurang 15 minit.
  • Scop dalam bekas puding dan tuang kuah bila menghidang. (Boleh juga ditambah buahan koktel ketika makan).

APAM TAPAI


Dsc01039

Apam ni makan petang-petang best la

Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
  • 2 mangkuk tpg beras
  • 1 mangkuk gula
  • 2 mangkuk air
  • 2 sudu teh eno

Cara-cara

  • Tumbuk ragi hgg hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
  • Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
  • Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
  • Peram bahan ini selama 5-6 jam
  • Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

APAM TAPAI BERAS

Bahan-bahan ( 40 biji bargantung pada saiz acuan )

  • 1 senduk kecil tapai nasi
  • 1 peket tepung baras cap teratai
  • 2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 4 sudu teh eno
  • pewarna secukupnya

Cara-cara

  • gula dan air dimasak hingga gula cair dan sejukkan
  • ambil setengah peket tepung beras dan air gula tadi .blender hingga sebati
  • habiskan setengah tepung beras yang setengah tadi di campur dengan air gula dan satu senduk tapai nasi .blender sebati .
  • perap selama 5 jam atau lebih(adunan kelihatan berbuih)
  • bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama .letak pewarna kacau sebati dan masukkan eno
  • masukkan dalam acuan kukus selama 10 minit
  • untuk buat tapai nasi **1 bekas aiskrim yang bulat.. nasi sejuk di campur dengan 1 biji ragi ,gaul sebati perap semalaman atau sehingga tapai tadi kelihatan berair.
  • sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

KEK CAWAN TAPAI UBI


100_1126

R-Lin@myresipi.com

Bahan-bahan ( 25 biji )

  • 4 biji telur
  • 110gr gula pasir
  • 1sdt ovallate
  • 100gr tepung gandum }ayak
  • 1/2sdt baking powder}bersama
  • 100ml santan pekat,saya guna kara dlm kotak
  • 200gr tapai ubi,buang serat tengahnya
  • secubit garam
  • 1/2sdt essen vanilla
  • 100gr keju cheddar,diparut

Cara-cara

  • campurkan tapai ubi yg dah dibuang serat bersama santan dan secubit garam,kemudian kisarkan ataupun dengan menggunakan mixer sampai tapai ubi menjadi lembut dan sebati dengan santan.ketepikan.
  • pukul telur,gula,dan ovallate sampai kembang.
  • masukkan ayakan tepung gandum dan baking powder,kacau rata.
  • masukkan campuran tapai ubi dan santan,essen vanilla,kacau rata.
  • masukkan sebahagian keju parut,ratakan.
  • masukkan udunan kedalam acuan muffin yg dah dialasi dengan kertas muffin.isikan penuh,kemudian taburkan dengan keju parut yg sebahagian td.
  • bakar dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180c atau bergantung pd kepanasan oven masing2 selama 15-20 minit.

PINDANG TAPAI UBI KAYU

Fuuuuuuuhhhhh!!! Sedapnya!!!

Bahan-bahan ( 2 Orang )

  • 5 ketul tapai ubi kayu
  • 1/2 biji santan kelapa
  • Gula secukup rasa
  • Sehelai daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara

  • Santan dicampurkan dengan garam, gula dan daun pandan.Kemudian biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
  • Masukkan tapai ubi dan biarkan sebentar di atas api.
  • Boleh lah dihidangkan utk minum petang atau juadah berbuka puasa.

ACAR IKAN TENGGIRI


Picture_1231

resepi sempoi...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 keping ikan tenggiri-gaul garam n kunyit, goreng hingga garing sket
  • 1 biji bawang merah-hiris
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • 1 cm halia-hiris panjang
  • 1/2 biji bawang bombay-hiris
  • 1/2 biji cili merah n cili hijau-hiris
  • 1/2 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan air asam sederhana pekat
  • gula n garam
  • secubit serbuk ketumbar
  • minyak

Cara-cara

  • panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih n halia hingga wangi.
  • masukkan serbuk ketumbar n air sket, biar naik bau.
  • masukkan bahan2 lain, biar sekejap. masukkan ikan goreng tadi n masak lagi hingga kuah agak pekat, angkat n hidangkan ngan nasi panas2.

Kembung masak kuali


Ikan_msk_k_2

Saya tak tahu kenapa nama dia mcm ni, mak saya kata tulah namanya (he.. he...). Tapi lauk ni sedap....


Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  • Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  • Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  • Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  • Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Thin Crust Pizza


Pizza_012

Doh yang nipis, makan tak cepat muak


Bahan-bahan ( 3 keping (20cm) )

Doh:

  • 200gm tepung serbaguna, diayak
  • 4gm garam
  • 105ml air
  • 12gm mentega tanpa garam

Topping:

  • Crab stick dan sosej, dihiris
  • Bawang besar, dihiris
  • cendawan butang, capsicum, dihiris
  • Keju mozzarella, diparut

Sos bechamel:
  • 50gm mentega tanpa garam
  • 60 gm tepung, diayak
  • 1000ml fresh milk
  • 4gm garam

Cara-cara

Untuk doh:

  • Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga tak lekat ditangan
  • Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
  • Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.

Untuk sos berchamel
  • Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
  • Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
  • Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
  • Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
  • Sapukan sos bechamel atas doh.
  • Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
  • Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.


MAKARONI BAKAR ALA PIZA


Dsc_0066__small_

resepi ni reka sendiri, masa tengah lapar dan teringin makan masakkan barat.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 cawan Makaroni jenis siput/tiub
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • Cheese(biasa saya guna yang dah mix punya)
  • daging ayam/lembu cincang-anggaran sendiri.
  • tomato puree 1 tin kecil.
  • 1 biji tomato-di dadu
  • bawang besar kuning-didadu
  • cili bengala & tomato,cheese sebagai hiasan,
  • oregano dan lada hitam.
  • garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus makaroni sampai masak. toskan
  2. Masuukan daging/ayam cincang-rebus sampai masak
  3. Bila ayam/daging cincang dah masak, masukkan tomato puree-kacau rata.
  4. Bila dah rata masukkan garam, gula, lada hitam secukup rasa, masukkan cheese parut sedikit supaya adunan agak melekit.
  5. Masukkan makaroni dan gaul rata. matikan api.
  6. Dalam loyang pembakar isikan campuran tadi dan ratakan/padatkan.
  7. pukul telur bersama susu cair dan tuangkan keatas campuran tadi hingga sekata.
  8. Dsc_0060__small_
    Selepas itu bolehlah ditaburkan dengan cheese, tomato dan cili bengala serta oregano. Beginilah rupanya sebelum dibakar
  9. Bakar lah selama 25 minit. Bila sudah agak garing bolehlah dihidangkan. Best makan time panas-panas.


Pizza Simple


Dsc04859

Cepat mudah dan senang


Bahan-bahan ( 10 orang mkn )

KULIT PIZZA

  • 500gm tepung gandum (Cap Sauh)
  • 1/2 bungkus yis mauripan
  • 1 Cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

INTI PIZZA

  • 6 Keping Daging burger(Dilenyek)
  • 1 Tin Tomato puree
  • 1 Tin Marshroom (Dihiris Nipis2)
  • 2 Biji bawang besar( Potong Dadu)
  • 6 hot dog (Dihiris)
  • Lada hitam serbuk,Oregano,garam, gula secukupnya.
  • Cheese Morzella ikut suka byk mana

Cara-cara

  • Utk kulit. Gaul Tepung b'sama yis + garam + air suam uli hingga m'jad doh.
  • Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg tlah griskan dgn butter.
  • INTI PIZZA Daging buger + Tomato puree + Marshroom +bawang besar+ lada hitam+garam+gula + Oregano Gaul sebati.
  • Letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan tbur hot dog dan cheese kalu nak letak nenas ke lada bangala ke...letk jer atas 2...bila kulit dah naik sket blehlah bakar dgn suhu 190"c 20 min
  • PIZZA SIAP

Braided Pizza


Pizza3

any topping will do..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**Bahan Doh Pizza**

  • 250gm tepung roti
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 1 sudu kecil minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

**Bahan topping**


  • Mozzarella cheese sebanyak mana yang kita suka, lagi banyak lagi sedap!!
  • 3 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 1 sudu kecil parsley kering
  • sayur2 & isian lain ikut selera masing2..

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut susunan breadmaker masing2, tekan butang 'dough', biarkan breadmaker siapkan doh.
  2. Kalau takde breadmaker pun boleh buat..uli mcm buat roti biasa..
  3. Sementara tunggu doh siap..kita sediakan sos. campurkan tomato sos dengan parsley & basil..kacau sampai semuanya bercampur, biarkan sebentar.
  4. Bila doh dah sedia, kita canaikan bentuk bulat besar, kemudian sapukan tomato sos yang dah sedia tadi, letakkan cheese, letakkan sayur & isian yang disukai & akhiri dengan cheese.
  5. Pizza
    Potong bahagian tepi doh & temukan bahagian yang dipotong seperti dalam gambar.
  6. Pizza2
  7. Bila dah siap, rehatkan sekejap lebih kurang 10 minit, bakar dalam oven (180 celcius) sehingga masak.

Pizza


Photo-00151

Resepi pizza yang sangat mudah caranya dan simple bahannya


Bahan-bahan ( saiz L )

  • Tepung gandum 175gm
  • Yis kering 1 sudu besar
  • minyak 1 sudu besar
  • secubit garam, air
  • mozarella cheese, sos pizza/sos tomato/sos cili
  • topping kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)
  2. Letak kertas minyak ke atas dulang bakar dan leperkan doh di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
  3. Photo-0001
    Sapukan sos pizza di tengah2 atau campuran sos tomato dan sos cili. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 22minit.

Mini Pita Pizza


04-05-07_2223

Resipi ciptaan sendiri..menggunakan roti pita sebagai base...


Bahan-bahan ( 4 biji )

  • 4 biji roti pita
  • 200 gram nenas dalam tin (dadu kecil)
  • 10 sudu besar mayonis
  • 100 gram isi ayam (cincang)
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (dadu kecil)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 10 sudu besar sos tomato
  • 5 susu besar sos cili
  • Minyak utk menumis
  • Parutan keju mozarella secukupnya

Cara-cara

  • Campurkan sos cili dan tomato dalam satu bekas.Kemudian sapukan dia atas roti pita.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Masukkan isi ayam, nenas dan bawang besar.Biarkan sebentar.
  • Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.Gaul rata hingga masak.
  • Letakkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi di atas roti pita.Sapukan mayonis dan taburkan parutan keju di atasnya.
  • Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius hingga keemasaan.Lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  • Siap utk hidangan

Soft Crust Pizza


Dscf2675_resize

resepi pizza dough


Bahan-bahan ( 4 pizza )

  • 450gm tepung gandum(plain flour)
  • 280ml air
  • 2tbs yeast
  • 1tbs level garam
  • 1tbs gula
  • 1 tbs olive oil-(or veg oil)
  • 1 bawang putih-crushed
  • extra tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. masukkan dalam bread maker biarkan on basic recipe prog selama 11/2jam +-
  2. Dscf2641_resize
    bila ready, ambil sedikit dengan senduk(dough memang lembik).lumurkan tangan & tempat mencanai dgn extra tepung.
  3. Dscf2644_resize
    tekan-tekan dengan tangan saja. jangan guna pengelek.
  4. Dscf2657_resize
    letakkan diatas pre-heated bekas. dan cukuk
  5. Dscf2669_resize
    taruk tomato, topping kegemaran etc>>>>bakar taklebih dari 10-12min. seeloknya double loyang untuk xtra lembut..dan loyang tu mesti di panaskan dulu sebelum letak dough..

Pizza sempoi


Pizza

masa buat 20 minit je..senang sgt..


Bahan-bahan ( ramai.. )

  • 1-2 bantal roti (gardiena/high5)
  • 3 ulas bwg merah & putih (dicincang)
  • 1 paket sosej (didadu)
  • 1 paket crab stick (didadu)
  • 3 kpg isi ayam (didadu)
  • sos cili/tomato
  • mayonis
  • serbuk lada sulah/lada hitam
  • marjerin
  • 1 biji telur (dikacau)

Cara-cara

  • tumis bhn yg dicincang dan didadu dgn sedikit marjerin..perasakn dgn serbuk lada sulah/lada hitam/garam/pak aji..masukkan inti ke dlm telur tadi...
  • sapukan marjerin, sos dan mayo ke atas roti..then letakkan inti tadi..ulang sampi inti habis..
  • bakar 8-10min ataupun hingga agak garing..(if u all suka garing la..)
  • keluarkan pizza dan letakkan lagi sos dan mayo..sedia utk ngapp...

Pin wheel pizza


Pinwheel_pizza

pizza yg senang di pegang


Bahan-bahan ( 7 biji )

Pizza base-

  • your own choice.

pizza souce-

  • Chilli souce + tomato souce

Topping-

  • your own choice

Pizza cheese-
  • mozarella, cheddar & parmessan

Cara-cara

  • Panaskan oven @ 180C dan canaikan base pizza menjadi "rectangle"- ketebalan mengikut citarasa.
  • sapukan souce pizza diatasnya.
  • Taburkan pula topping kegemaran
  • taburkan cheese diatasnya
  • Perlahan2 gulung base tadi.
  • Potong setebal 1-1.5cm. susun diatas loyang pembakar yg telah dilengser dan boleh ditaburkan cheese lagi diatasnya, jika suka.
  • bakar selama 30 min pada suhu 180C.

Pizza


Pizza-ready

Sekali-skala tukar selera...satu lagi resipi guna tepung gandum :)


Bahan-bahan ( 3 keping pizza [saiz kecil] )

Pizza base:

Bahan A
  • 250g tpg gandum
  • 2 sdk instant yeast
  • 1 sdk garam & 1 sdk gula

Bahan B:

  • 1 ½ sdb shortening
  • ½ cwn air suam2 sejuk
  • 1 biji telur

Inti Pizza:

  • 250g minced meat (ayam)
  • ½ biji bawang besar yg kuning tu + 2 ulas bawang putih (dua2 potong dadu)
  • 1 sdk dried oregano
  • 1 sdk dried pizza seasoning
  • 2 sdb sos tomato & 1 sdb sos cili
  • 1 sdb minyak untuk menggoreng
  • Garam secukupnya

Topping Pizza:

  • 1 biji tomato
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 cwn cendawan butang
  • Keju mozarella yg diparut

Cara-cara

Cara buat pizza base:

Gaul rata smua bhn A (guna tangan). Kmudian tambahkan shortening. Gaul lagi smpai dia jadi berbiji2 kemudian masukkan air & telur; dan gaul lagi.
Uli sampai lembut, sekitar dlm 30min, pastu buat bentuk bulat (satu tu je) & rehatkn doh dgn meletakkan ia dlm bekas, ditutupi dgn cling foil. Rehatkn dlm suhu bilik smpai saiz doh naik sekali ganda, biasanye dlm 15-20min. Lepas doh naik, tumbuk2 kan doh utk kuarkan angin.
Pastu bahagikn pada 3 bhg (terpulang sbb saya buat 3 pizza lebih kurang saiz kecik gitu), buat bulat then leperkn guna rolling pin, ikut saiz yg u all nak, dan biarkan dia naik sket (dlm another 10min gitu). Bila naik tu ia xtebal sgt, 1 - 1.5cm (sbb nk dtpkn pizza yg rangup sket)

Cara buat inti pizza:

Panaskan minyak dlm kuali, mskkan bwg putih & merah, masak hgga layu je then masukkan minced meat then kacau2. Lepas dlm 2 minit, tmbah garam, sos, oregano, pizza seasoning, kacau2 then masakkn sampai ia membeku pastu baru tutup api & put aside.


Cara sediakan topping pizza:

Potong dadu tomato & capsicum. Cendawan butang tu terpulang nk potong empat atau nipis2 (veggy utk topping blh tukar/tambah ikut slera msg2).

Cara nk bakar pizza (mgkn ada cara berbeza tp ni cara saya buat):

Panaskan oven dulu, dlm 170ÂșC (suhu oven may vary, sbb mine cam cpt panas, kene pandai2 sdiri).
Sapu sos tomato ke serata atas pizza base, pastu letakkan inti td then taburkan smua campuran topping. Parut sket mozarella atas pizza (sket je tau).
Bakar dlm 10min je (atau hgga base tu masak), pstu bwk kuar sekejap, then baru parut dgn jayanya mozarella atas pizza tu. Kemudian masukkn balik dlm oven, bakar sekejap je tau, iaitu smpai mozarella tu cair sikit then bwk keluar dr oven. Siap utk dihidang...dan makan.

Crispy Pizza


Crispypizza

Simple pizza..boleh guna apa saja topping yg digemari


Bahan-bahan ( 2 biji )

  • *200g tepung roti
  • *1/2 sudu besar gula
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar olive oil
  • 130ml air

Topping

  • sosej, bawang besar, sos pizza, tomato, pizza cheese

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.
  • Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
  • Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
  • Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
  • Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.

Pizza ayam


Piza02

topping boleh mengikut citarasa masing2..


Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )
  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung

bhn2 utk topping

  • 2 keping dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • serbuk lada sulah
  • mayonis
  • sos cili dan sos tomato
  • cheese
  • mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
  • black pepper

Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Cimg0408piza
    Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

Mini pizza


Pizza

Pizza mini.. senang nak buat dan senang nak pegang


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung

Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti

Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Pizza1
    Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Pizza2
    Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Pizza3
    Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Home made pizza


Pa290177

buat sendiri mmg puas hati


Bahan-bahan ( loyang 11" )

** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli

** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula

** Untuk Topping **

  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

** Untuk doh pizza **
  • Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  • Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  • Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  • Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  • Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  • Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  • Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  • Gambar sos pizza
  • Keju pizza kat sini

** Untuk sos pizza **

  • Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

LENGKONG MILO


Lengkongmilo

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1 peket agar - agar
  • air secukup rasa... kalo nak keras kurang kan.. kalo nak lembik.. letak air bebanyak
  • 2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara

  • agar² direbus sehingga mendidih.. lepas tu tuang dalam jug (tapis dulu ek...) pastu bancuh le macam wat air milo...pastu masukkan lengkong milo ni kedalam bekas yang cambest giler cam gambar tu... pastu masuk dalam peti ais.....nak cepat keras masuk dalam frozen ....
  • hidangkan ketika sejukkkk mesti sedaap punya lahhhh

MEE HOON GORENG LADA HITAM


Pb060082

meh ubah selera sesekali dgn mee hoon ni.....


Bahan-bahan ( 1 family )
  • 1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
  • ( * ) bahan dikisar bersama
  • 1 cawan udang
  • 2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
  • 1 paket fish ball dibelah dua
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
  • 3 sudu makan sos tiram
  • secekak daun kucai - dipotong 2 inci
  • 2 genggam taugeh
  • 1 batang lobah merah- di hiris memanjang
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk memasak

Cara-cara

  • panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
  • masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
  • masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
  • masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
  • masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
  • akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

KEK COKLAT BASAH


Kek_coklat_basah

Resepi tersendiri...


Bahan-bahan ( loyang @ tin pembakar: 220mm x 60mm. )

  • Bahannya:
  • 200gm coklat masakkan.
  • 3 sudu besar susu segar.
  • 1 sudu besar marjerin/butter.
  • 1 1/2 cawan marjerin/butter.
  • 1 1/2 cawan gula halus, kalau nak kurangkan pun boleh..
  • 2 cawan tepung gandum - diayak.
  • 5 biji telur.
  • 5 sudu besar serbuk koko.
  • 1 sudu teh esen vanila.
  • 1 sudu teh coklat emulco.
  • 1 sudu teh backing powder diayak.

Cara-cara

  • Taburkan tepung ke dalam tin pembakar atau loyang.
  • Ayak tepung, serbuk koko dan backing powder.Ketepikan seketika.
  • Pukul marjerin/butter dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil diputar.
  • Masukkan esen vanila.dan pukul lagi.
  • Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak bersama tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Masukkan pula coklat emulco kedalam adunan dan putar lagi sehingga sebati.
  • Kemudian, tuang adunan ke dalam tin pembakar atau loyang yang telah di tabur tepung tadi.
  • Bakar ke dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu kepanasan 180.c.
  • Masak coklat masakkan secara double boiler, masukkan susu segar dan kacau dan masukkan marjerin/butter kacau sehingga menjadi cair.
  1. Tuang keatas kek coklat tadi.
  2. Sejukkan kek terdahulu sebelum dituang coklat cair.