APPLE CAKE

Applecake

yani@myresipi.com


Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  • Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

AYAM PERCIK PASAR MALAM

Percik

Ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malan

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  • Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  • Bakar dan siap untuk menjamu selera

Kuah Daging Special

P1000395

Sebagai kuah untuk coneydog, spegetti dan roti john

Bahan-bahan ( agak-agak jer )

  • Daging kisar
  • Tomato - dicincang
  • Bawang besar - di dadu
  • Bawang putih - dicincang halus
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Sos tomato
  • Cili pes
  • Minyak sapi
  • Meggie seasoning
  • Sehelai daun bay
  • Garam dan perasa

Cara-cara

  • Panaskan minyak sapi, dan tumis bawang putih dan bawang merah yang didadu hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging cincang. Kacau goreng. Masukkan juga daun bay, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau lagi
  • Masukkan buah tomato yang dicincang. Kacau lagi. Titiskan setitik dua meggie seasoning.
  • Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air (jangan masak sampai kering)
  • Tambah garam dan perasa secukupnya
  • Siap untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA

KEK PISANG CARROT

Dsc01205

Bahan-bahan ( 1 biji Kek )

  • 3 cwn / 295 gram tepong biasa
  • 2 cwn / 300 gram gula
  • 4 biji telor ayam (B grade)
  • 1 cwn minyak sunflower
  • 1 sudu teh kecil baking soda
  • 2 biji buah pisang(di lenyek)
  • 2 biji karot/lobak(di sagat)

Cara-cara

  • Dsc01204 - masukan gula,telor dan minyak dan dipukul sehingga kembang,
  • - Ayakkan tepong tadi bersama baking soda dan ketepikan
  • - setelah telor,gula dan minyak tadi kembang,campurkan tepong yg telah diayak tadi
  • Dsc01207 - kacau sehingga sebati dan masukan kedlm acuan tadi dan bakar (boleh juga guna paper cup...lagi comel...)
  • - suhu ketuhar Oven 170C dlm masa 45 min tanpa di buka.
  • - klu terlebih manis boleh kurangkan gula,kadang2x pisang juga dah manis...
  • selamat mencuba...

PLAIN CHEESECAKE

Dsc01202

Bahan-bahan ( 1 biji Kek )

  • 6 biji telor ayam (gred B)
  • 125 gram gula halus
  • 62 gram margerine
  • 200 gram UHT whipping cream
  • 250 gram keju philadelphia
  • 60 gram tepong jagong
  • 1/2 biji air perahan limau
  • 1/4 tbsp zest parutan kulit limau
  • secubit garam
  • vanilla spange cake (utk dibuat lapisan bawah)

Cara-cara

  1. Dsc01201
    -masukkan margerine,gula & keju dan pukul sehingga kembang,
  2. -kemudian masukkan telor kuning satu persatu & kacau sehingga sebati,
  3. masukan UHT whipping cream,air perahan limau tadi dan kacau sehingga sebati
  4. Dsc01200
    Akhir sekali campurkan tepong jagong dan secubit garam dan gaulkan sehingga sebati & ketepikan
  5. putih telor tadi di pukul bersama sedikit gula sehingga kembang dan menjadi merangue(keras)
  6. Masukkan putih telor tadi dengan keju tadi dgn mengunakan mesin
  7. Dsc01201
    kemudian masukan adunan tadi kedlm acuan yg telah dilapiskan dgn spange cake. & masukan kedlm Oven dan bakar dlm suhu ketuhar 175-180C & lebih kurang 45 min
  8. lapiskan dgn dulang berisi air agar lapisan spange tadi tidak hangus(kerana spange cake tadi sudah masak)

SHORTBREAD

Biskut_john

rosshi@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu balang kecil )

  • 4oz tepung gandum
  • 2oz tepung beras
  • 2oz gula castor
  • 4oz pure butter

Cara-cara

  • Ayak dulu tepung gandum n tepung beras.Masukkan gula, tepung gandum n tepung beras ke dalam mangkuk.Gaul rata dengan tangan.
  • Masukkan pula butter.Gaul rata hingga macam serbuk roti.
  • Uli tepung tuh hingga menjadi doh. Dah siap bleh la taburkan skit tepung beras di atas papan canai kemudian bleh la canaikan n terapkan mengikut shape masing2.
  • Taburkan skit tepung di atas loyang. Then bleh la letak biskut td. Sblm tuh cucuk2 ngan garfu biskut tuh.
  • Panaskan oven. Pastu bleh la bakar biskut dengan kepanasan 170c or mengikut tahap kepanasan oven masing2 selama 30minit or kekuningan.
  • Dah masak...sejukkan dulu.Then bleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara atau masuk dlm mulut! hehehe.....
  • Selamat mencuba....

CHOCO STICK PIE

Chocostickpie

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 2 keping puff pastry
  • chocolate button/chocochips secukupnya
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree
  2. Potong setiap keping puff pastry kepada 4
  3. Sapukan setiap potongan puff pasty tadi dengan telur.
  4. Taburkan gula ke atas puff tadi
  5. Chocostickpie2
    Kemudian lekatkan chocolate button ke atas puff tu.
  6. Bakar selama 10-15 minit

Meatball Spagetthi

Photo-0179

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang mkn )

  • spagethi
  • 285g sos spagetthi
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • cendawan butang - dipotong nipis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
Bhn2 untuk Meatball
  • 200g daging hancur
  • 50g serbuk roti
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 biji bwg besar- cincang
  • lada sulah
  • oregano
  • garam

Cara-cara

Untuk buat Meatballs
  • campurkan daging dengan serbuk roti,telur,bwg yg telah dicincang,lada sulah,oregano n garam. Gaul sebati.
  • Kemudian bulat2kan.Bakar dlm oven lebih kurang 10 minit.
Untuk buat sos
  • tumiskan bwg besar n bwg putih. Masukkan tomato yg dipotong dadu.Tumis sampai tomato hancur.
  • Masukkan sos spagethi n cendawan butang. Perasakan dengan skit garam. Didihkan.
  • Masukkan meatball yg dh masak td. gaul rata.Tutup api.Curahkan atas mee spagethi.Nak sedap lg bleh taburkan keju parmesan.Tk nk pun tkpe...

POPIA GORENG

Popia_goreng

Bahan-bahan ( Satu family leh mkn. )

  • semestinya kulit popia..boleh beli atau buat sndiri.
utk inti:
  • 50 sen taugeh
  • 1/2 biji sengkuang (sagat)
  • 1 btg lobak merah (sagat)
  • 2 sb udang kering
  • 2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • garam & lada sulah

Cara-cara

  • Tumis bwg putih + tauhu dan udang kering.
  • kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah di sagat tadi.
  • Akhir sekali masukkan taugeh.letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Biarkan inti sejuk sebentar.
  • Bentangkan kulit popia,letakkan inti dan gulung kemas.utk melekatkan hujungnya sapu dgn sedikit putih telur.
  • Goreng dlm minyak sederhana panas hingga kekuningan.
  • Enak di mkn panas2 besama cili sos.kalau rajin bleh buat sos sndiri.
  • 06010112000063
    shredder yg kfiza guna utk sagat sengkuang & lobak merah.

ASAM PEDAS MUARA

Th_pb240784-1_1_

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 4 sudu ciili kering kisar (jgn pakai cili boh x power)
  • 3 ulas bawang putih}
  • 5 ulas bwg merah}
  • 1 inci kunyit hidup } sumer dikisar sikit belacan }
  • semangkuk air asam jawa
  • 2 btg bendi
  • 1 biji tomato
  • seikat daun kesum,
  • garam dan sedikit

Cara-cara

  • Tumis bahan yang dikisar dgn cili sampai bersin atau cili nampak berkeping2.. - masukkan air asam jawa.
  • Kacau hingga mendidih. - masukkan ikan dan daun kesum biarkan empuk - rasakan garam gula secukupnya.
  • last sekali masukkan tomato n bendi - sedia untuk di makan..

jeruk buah kundang

Cimg3086

Bahan-bahan ( 1 botol besar )

  • buah kundang muda
  • garam dan gula

Cara-cara

  • buah kundang di basuh dan di belah dua....buang biji yang purple tu
  • rendam dengan air garam semalaman
  • pastu toskan. buat air gula macam masak air sirap sejukkan
  • buah kundang di masuk dlm botol dan tuang kan air gula
  • selepas 1 hari simpan dlm fridge sbb kita tak pakai pengawet

KEK SANTAN

Keksantan

sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 15 orang makan )

  • 4 biji telor gred A (kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
  • 360g gula pasir
  • 1biji kelapa = jadikan 400 ml santan
  • 8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
  • 400g tpg gandum = diayak
  • 4 sudu teh baking powder

Cara-cara

  • pukul gula dan telor hingga kembang
  • masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
  • masukkan tpg dan kacau hingga sebati
  • akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
  • griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek, bakar 180 C dan bakar 45 minit

KEK GULA HANGUS

Resepi1

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  • Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  • Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  • Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  • Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  • Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
Perap dulu dalam 3 - 4 jam baru dikukus

APAM GULA HANGUS

Apam_melaka

che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu family )

  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara

  • Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  • Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  • Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  • Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  • Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Puding Roti ( 1 )

100_0811

Bahan-bahan ( 4 )

  • 6 keping roti
  • 30 gm mentega dicairkan
  • 80 gm kismis
  • 4 biji telur dipukul
  • 475 ml susu segar
  • 150 gm gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  • Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.
  • Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  • Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

## sedap dimakan sekiranya diletakkan di dalam peti ais terlebih dahulu setelah masak.

Cendawan Goreng Tepung

Picture_044

sofieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Cendawan
  • Tepung Kentucky (Gorengan ayam)
  • 1 biji Telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Picture_039 Cendawan dicarik-carik seperti dalam gambar. Jangan terlalu besar kerana nanti bila digoreng,cendawan itu tidak rangup-lembik.
  2. Picture_042 Pecahkan telur dan dipukul sedikit supaya putih dan merah bercampur. Tuang dalam cendawan. Gaulkan sebati.
  3. Picture_040 Tuang tepung Kentucky. Gaulkan cendawan sebati.
  4. Picture_043 Goreng cendawan hingga berwarna kecoklatan dalam minyak panas.


>> KALAU TIADA TEPUNG KENTUCKY, BOLEH GANTIKAN DENGAN TEPUNG GANDUM DAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG.TAMBAHKAN JUGA SEDIKIT GARAM. << ~SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ~

Cream Puff Coklat

38

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3 dozen )

  • 1 cwn Tepung gandum
  • 2 sb Serbuk Koko
  • 1 cwn Air
  • ½ sk Garam
  • 1 sb Gula
  • ½ cwn Mentega tanpa garam

Cara-cara

  • Ayak tepung & serbuk koko.
  • Panaskan bhn2 yg lain kecuali telur sehingga butter cair. Tutup api. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul.

CARROT CAKE

My_carrot_cake-001

nnie0966@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 org )

Bahan-bahan

  • 2 cawan lobak (yg telah diparut)
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan gula halus (lebih baik klau guna brown sugar)
  • 1 sudu the baking soda
  • 1 ½ sudu the baking powder
  • ½ sudu the garam
  • 1 cawan minyak sayur (boleh guna mi

Cara-cara

  • Pukul telur n gula sampai kembang/putih Dlm mangkuk asing campurkan tepung,baking soda,baking powder,esen vanilla,garam n ayakkan Pelan2 masukkan campuran tepung kedlm telur n gula n kacau lagi Masukkan minyak sayur sikit2 smbil kacau lagi Masukkan parutan kulit limau n lobak kemudian gaulkan sampai rata. Boleh tambahkan susu segar sedikit klau rasa bancuhan pekat sangat. akhir sekali bakar dlm oven 350 darjah celcius utk 35-40 mint.

Roti Telur Berkeju

Roti

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak msk

Cara-cara

  • Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
  • Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Belah dua.Buat lagi sampai abis.
  • Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
  • Dah siap...mkn la panas2......SeLaMat MenCube..

Ketam Lada Hitam & Kari (crab Pepper & curry)






Bahan-bahannya:

  • Ketam lebih kurang 5 ekor yang telah di potong . ( Crab about 5 tail which has been in cut )
  • Bawang Putih ( garlic )
  • Bawang Besar ( onion )
  • Halia ( Ginger )
  • Kunyit ( tumeric )
  • Lada Hitam ( Black peeper )
  • Belacan ( sxhrimp paste )

Semua Bahan-bahan diatas dikisar tak termasuk ketam. ( All above grind unless crab )

Lain-lain Bahan: ( Other Substance )

  • Serai ( Lemon Grass )
  • Daun Kari (Curry Leaf ))
  • Rempah Kari ( Curry Paste )
  • Asam Jawa ( Tumarind )
  • Sos Chili
  • Garam ( Salt ))
  • Gula ( Sugar ) )
  • Serbuk Perasa (Flavour Powder )
  • Telur 1 biji ( 1 Eggs )

Cooking Directions

Cara-cara nya;

  • Tumiskan daun kari dan serai, serta masukkan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.Masukkan sos chili dan rempah kari serta gula,garam,serbuk perasa,perahan air asam jawa dan masukkan ketam sehingga masak.
  • Apabila sudah agak masak pecahkan sebiji telur untuk memekatkan kuah masakan tadi.
  • Siap untuk di hidangkan-cubalah,

TART KASTARD

Picture_289

liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
  • 2-3 sdb susu segar
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sdb gula castor
  • 1 biji telo
  • 125gm mentega sejuk(potong kecil2)
  • sedikit garam
KASTAD FILLING::
  • 500ml susu segar
  • 2 biji telor
  • 50gm tepung kastad
  • 100gm gula castor
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • kismis hitam(optional)

Cara-cara

  • satukan tepung n garam...(ayak)
  • gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
  • masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
  • rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
  • bakar separuh masak..ketepikan dahulu...
CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::
  • Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
  • masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
  • kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam...
  • bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak...

KERABU PUCUK PAKU LADY

Untitled

Bahan-bahan ( Sehidangan )

  • 2 ikat pucuk paku (dicelur)
  • 200gram perut lembu (direbus)
  • Daun kesum (dihiris halus)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Sebatang serai (dihiris halus)
  • Kerisik
  • 3 biji limau nipis
  • 3 tangkai cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  • Celur pucuk paku sehingga empuk dan tos. Selepas itu rebus pula perut lembu sehingga empuk.
  • Campurkan semua bahan yang telah dihiris termasuk kerisik.
  • Kemudian gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Dah boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

KEK COKLAT LAGI

Cimg3055

noridahling@myresipi.com

Bahan-bahan ( boleh buat 24 cupcakes )

  • cwn gula halus
  • 1 3/4 tepong gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko.
  • 1 1/2 sudu teh baking powder.
  • 1 1/2 sudu teh baking soda.
  • 1 sudu teh garam
  • 2 bijik telor
  • 1 cawan fresh milk
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 sudu teh esen vanilla.
  • 1 cawan air mendidih

Cara-cara

  • panaskan 0ven 175deg c..
  • masukkan gula..tepong..koko..baking powder..baking soda..dan garam..kedalam mangkuk bancuhan
  • kacau
  • masuk kan pula telur..susu..minyak..dan vanilla..
  • kacau hingga sebati menggunakan whisk
  • akhir sekali masuk kan air mendidih
  • adunan ini akan menjadi cair tetapi jgn risau
  • bakar 30-35minit @hingga masak.

topping dari Jamie Oliver Recipe.

  • 100gram cooking coklat.
  • 100 gram gula icing
  • 100 gram butter.
  • 4 sudu besar fresh milk
  • cairkan sume bhn dgn cara double boil.

Almond Drop

Img_1542

zana08@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 250 gm butter
  • 3/4 cawan gula perang
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung hong kong (beli di kedai arab spt bajrai)
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 cawan coklat chip

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula perang hingga kembang
  2. Masukkan badam dan coklat chip
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung Hong Kong
  4. Img_1533
    Sudukan ke dlm dulang pembakar mengikut citarasa anda.
  5. Img_1530
    Bakar selama 20 minit / suhu 140c

KARIPAP DOH SIMPLE

Dscf5311_copy

joayee@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 -25 biji )

  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak-panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara

  • masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata sebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim. goreng dengan api perlahan.

BAKWAN JAGUNG [ cucur jagung ]

Img_1456

azareena@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 cawan isi jagung (saya guna jagung dlm tin)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1-2 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar (potong halus2)
  • sedikit ikan bilis (resipi asal tak de ikan bilis)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya (~ 1 cawan lebih sikit)
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  • Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak & goreng bawang, ikan bilis sebentar. (resipi asal tak perlu goreng, tapi saya rasa lagi sedap kalau bawang/ikan bilis digoreng dulu)
  • Masukkan jagung, tepung, telur, garam & gula kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. (Consistency batter ni mcm buat cucur/cekodok biasa)
  • Masukkan bawang/ikan bilis goreng ke dalam bancuhan & kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, boleh lah goreng bancuhan tepung. Guna api sederhana, goreng hingga kekuningan.
  • Setelah di angkat, toskan atas kitchen paper towel. Siap utk dihidang, boleh dicicah dengan sos cili/tomato, mayonis. Makan macam tu je pun sedap. Selamat mencuba!
Note:
  • Kalau tak nak goreng, boleh juga di masak mcm pancake. Cairkan sedikit bancuhan, masak guna non-stick pan mcm masak pancake. Tapi rasa nye version yg goreng lagi sedap. ;-)

Puding Tauhu

Puding_tauhu_2

Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

Untuk membuat kuahnya
  • Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat tauhunya
  • masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  • Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  • Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  • Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  • Puding_tauhu_1
    Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

Bebola daging

Meatball

Alia@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 cawan daging hancur/kisar
  • 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 12 biji tomato ceri
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  • Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
  • Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
  • Kemudian masukkan sos dan buah tomato
  • Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

MEAT ROLL

Meat-roll

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300g daging cincang
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 50g cheese
  • 1/2 biji telur
  • 4 sudu besar breadcrum
  • sedikit garam, sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  • Masukkan daging, garam, serbuk lada putih, breadcrum dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  • Ambik sekeping aluminum foil. Ratakan daging tadi ke atas aluminum foil tersebut.
  • Letakkan sayur campur dan cheese ke atas daging tadi.
  • Kemudian gulung daging tadi bersama dengan aluminum foil.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 25-30 minit.
  • Campurkan sos tomato dan kicap pekat. Kemudian sapukan pada permukaan daging tadi.
  • Bakar lagi selama 5 minit
  • Setelah masak, potonglah kepada beberapa bahagian. Siap untuk dihidang.

Macaroni Salad

Photo-0063_

Bahan-bahan ( ikut suka )

  • 100g macaroni
  • 1 tin tuna
  • brokoli
  • asparagus
  • sesudu air lemon
  • garam skit
  • mayonis

Cara-cara

  • Rebus macaroni sehingga masak n toskan
  • Rebus brokoli n asparagus yang dipotong serong. Kemudian toskan.
  • Campurkan semua bahan yg dh direbus.masukkan mayonis,tuna,air lemon n garam skit. Kacau sebati.
  • Nak pedas skit tambah hirisan chili merah. Dh siap bleh mkn...

CHEESE CAKE

Kek

Bahan-bahan ( kek 1 kg )

Utk base :
  • 1 1/4 cawan biskut marie yg dihancurkan
  • 1/4 cawan gula ( kalau xsuka manis xperlu letak )
  • 1/3 cawan mentega
Utk isi :
  • 2 bar (500 gm) Philadelphia cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Utk base :
  • Gaul semua bahan utk base & tempekkan dlm loyang yg disapu mentega.
Utk isi :
  • Pukul cream cheese & gula hingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji sebiji.
  • Akhir masukkan esen vanila.Pukul hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dlm loyang berisi biskut marie td.
  • Bakar dlm oven 180 darjah celcius selama 40 minit.
  • Bila dah sejuk, hiaslah atas cake sesuka hati , sesedap rase. Boleh letak blueberry or hias dgn hirisan buah peach.

AYAM GORENG CELUP TEPUNG SIMPLE

Ayam_celup_tepung

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 ketul ayam )

  • 6 ketul ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam
  • lada sulah
  • lada hitam
  • serbuk perasa
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • minyak - utk menggoreng

Cara-cara

  • Dalam sebuah bekas, masukkan ayam,garam,serbuk kunyit,lada sulah,lada hitam dan serbuk perasa. Gaul biar semua bahan sekata. Perap 10minit.
  • Celupkan seketul ayam dalam telur. Kemudian golekkan dalam tepung. Buat sampai habis.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan dengan api sederhana. Kalau nk garing blh goreng lama sikit.

AYAM GORENG REMPAH 2

Et_023

eton@myresipi.com

Bahan-bahan ( ikut suka brape org nak mkn )

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Ambil sedikit rempah dan gaulkan bersama ayam hingga sebati. Kalau nak sedap lagi leh perap lame skit.
  • Goreng hingga ayam kekuning2an atau hingga masak...........
  • Sedap dimakan bersama nasi putih panas2....SELAMAT MENCUBA

AYAM UNGKEP

Ungkep

fidadaud@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-12 orang )

  • 1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
  • 30-40 gm ketumbar - dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sudu makan gula
  • Garam - secukup rasa
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
  • Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
  • Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
  • Masukkan air. Gaul lagi.
  • Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
  • P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Apricot Roll

Step_by_step_079

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 120 ml air
  • 200 g tepung roti
  • 50 g tepung halus/tepung kek
  • 30 g telur
  • 20 g mentega
  • 20 g lemak sayur
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 40 g gula halus
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1/2 cawan dry apricot, dicincang halus

Cara-cara

  1. Satukan ke semua bahan mengikut urutan ke dalam bread maker, kecuali aprikot. Pilih setting utk doh dan on kan. Bila bread maker berbunyi utk kali pertama, masukkan cincangan aprikot dan biar hingga doh siap (kurang lebih 1 jam 30 minit).
  2. Step_by_step_078
    Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit. Tabur sedikit tepung di atas permukaan papan pencanai. Ambil doh tadi dan bulat2kan. Canai hingga memjadi satu bulatan berdiameter 14 inci. Bahagi kan kepada 8 bahagian yg sama besar. (seperti dalam gambar)
  3. Step_by_step_077
    Dengan cermat gulung perlahan dari luar ke dalam (dari bahagian besar hingga ke bucu yg tajam). Alihkan ke dalam dulang yg telah disapu sedikit mentega. Biarkan naik kurang lebih 35 - 40 minit.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit. Sapukan dgn mentega sejurus roti dikeluarkan dari oven. Rupa dan gaya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2. Selamat mencuba.