TEMPOYAK MASAK

Tempoyakmasak
Bahan-bahan ( 3 org kot )
  • 15 sudu besar tempoyak
  • 4 biji cili besar
  • 4 biji cili api
  • sehelai daun kunyit
  • sebatang serai
  • sedikit garam
  • segengam ikan bilis yang dah siap siang

Cara-cara

  1. tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
  2. daun kunyit dihiris halus-halus
  3. serai dititik
  4. campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata.
  5. masak atas api kecil selama 1 ke 2 minitje.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.

KEK KUKUS LAPIS

Kek_kukus_lapis__2_
Bahan-bahan ( 20cm )
  • 1cup kaya(sy guna kaya tuk roti dlm cup)
  • 1cup butter
  • 1cup susu pekat manis
  • 1cwn suku tpg gndum(sy guna cwn minum teh)
  • 1cwn gula halus
  • 1sd kcl soda bikarbonat
  • 1sd kcl baking powder
  • 1sd kcl ovalette
  • 1sd kcl esen vanila
  • 2sd bsr horlikcs
  • 1sd bsr nescafe(dbancuh dgn sdikit air)
  • atau boleh diganti dgn 1sd bsr coklat emulco
  • pwarna merah,kuning dan hijau

Cara-cara

  1. pukul telur+gula+=gebu
  2. ayakkan tpg+bikarbonat+baking pwder
  3. didlm bekas yg lain,satukan kaya+butter+susu pekat manis=sebati.kemudian msukkan ke dlm adunan telur td.
  4. msukkan tpg yg di ayak td,kemudian ovalette dan horlicks.=sebati dan gebu
  5. dh sebati dan gebu,bhgikan kpd 4 bhgian dan warnakan.
  6. kemudian dkukus slapis demi slapis,hingga abs.(2minit tuk 1 lapisan)
  7. p/s:tuk kek yg cantik,sy balutkan tudung pgukus dgn kain...

AIR TEH TARIK KU

Teh_tarik

Same rasa mcm teh tarik lain...

Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 2 UNCANG TEH
  • 3 SB SUSU PEKAT
  • 2 SB SUSU CAIR

Cara-cara

  1. -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT..
  2. -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
  3. -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
  4. -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU..

BINGKA JAGUNG

P1010307
enas_eryna@myresipi.com
Bahan-bahan ( satu family )
  • 1 cawan susu sejat (saya guna 1 cawan santan pekat segera)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kustad
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin jagung krim(saya guna satu tin jagung kornel tersalah beli la ni...tp tetap ok rasanya cuma jagung tu sebiji2)
  • 2 biji telur
  • 1 s/b marjerin/butter - dicairkan
  • secubit garam(resepi asal takder)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah...
  2. sapu loyang dgn minyak atau marjerin.
  3. campur kan kesemua bahan diatas
  4. bakar selama 1jam..mudah kan

ROTI SOSEJ

Dscf5353

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
**bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese

Cara-cara

  1. Dscf5290
    masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. Dscf5408
    ambil sebiji doh. canaikan
  4. Dscf5409
    ambil sebatang sosej dan gulung
  5. Dscf5414
    hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. Dscf5415
    tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. Sosej
    setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. Dscf5446
    roti siap dibakar..

KARIPAP DOH SIMPLE

Dscf5311_copy

doh karipap mengunakan bahan yang senang. & ranggup

Bahan-bahan ( 20 -25 biji )

  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak-panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara

  1. masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata sebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim. goreng dengan api perlahan.

AYAM MASAK MERAH

Ayam_masak_merah

wat pedas2 skit baru sedap nk makan ;)


Bahan-bahan ( 5org )

  • 500g ayam (goreng separuh masak)
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • 15 batang lada kering
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram

SIZZLING YEE MEE

Sizzle_yee_mee01

Masakan cina, citarasa jawa...


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

SIRAP BANDUNG DRAGON FRUITS

Picture_411

sedap,senang n berkhasiat...saja nk menambah koleksi minuman..hehe..

Bahan-bahan ( seorang )

  • -sebiji buah naga(isi putih)
  • 4 sdt susu pekat manis(ikut selera)
  • -sedikit air n ais
  • -1 sdt ibu sirap...

Cara-cara

  1. -korek isi buah naga then masukkan dlm blender bersama dgn susu, air n ais..
  2. -blend hingga sebati..tuang dlm gelas n letakkan ibu sirap di atasnya...

COLEK DAGING PANGGANG

Daging3

shima27@myresipi.com

Bahan-bahan ( separuh family :D )

  • daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min
  • Bhn utk colek:
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)

Cara-cara

  1. daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium)
  2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
  3. hidang daging panggan dihiris nipis bersama colek...

BAKED SANDWICH

Baked_sandwiches

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 pcs )

  • 8 keping roti
  • *** Bahan Inti ***
  • bawang merah - dadu
  • bawang putih - cincang halus
  • cincangan isi daging/ayam
  • sayur campur (frozen)
  • sos cili
  • sos tomato
  • serbuk lada hitam,garam
  • parutan keju

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C.Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan (nk mudah masuk jap roti dlm microwave)
  2. Untuk intinya panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering.Perasakan dgn sedikit garam, angkat
  3. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat

BANGKIT KERISIK

Bangkit_enak

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg ikut besar,kecil penerap biskut )

  • 600 g tepung sagu
  • 100 g tepung gandum
  • 300 g butter
  • 300 g gula tepung/icing
  • 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk coconut essence
  • 1 sk garam halus
  • ceri merah - potong kecil utk hiasan

Cara-cara

  1. Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
  2. Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
  3. Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
  4. Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.
  5. Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.

TALAM PULUT HITAM

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • 150 g pulut hitam }rendam
  • 300 g pulut putih }semalaman
  • 1 sb garam
  • 2 cawan santan cair
Serikaya A:-
  • 4 biji telur
  • 50 g tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 150 g gula halus
  • 1 sk pewarna hijau
Serikaya B:-
  • 4 biji telur
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 cawan santan pekat
  • 200 g gula halus
  • 1 sk pewarna kuning
  • (gunakan 3 biji kelapa utk mendapatkan santan pekat dan cair)

Cara-cara

  1. Satukan bahan2 pulut dan dikukus hingga masak dan ditekan rata didalam loyang.
  2. Satukan bahan serikaya A,tapis dan masak hingga pekat sedikit dan tuang ke atas pulut tadi dan kukus 15 min atau hingga masak.
  3. Sementara itu adun serikaya B seperti serikaya A tadi dan tuang ke atas serikaya A yg sedang dikukus dan kukus lagi hingga 20 min.
  4. Ketika mengukus kedua2 lapis serikaya,api hendaklah sederhana besar supaya permukaan kuih menjadi rata dan tidak menggelembung.
  5. Dari mula mengukus kuih,penutup kukusan hendaklah di balut dgn kain supaya air wap tidak menitik di permukaan kuih.
  6. Sejukkan kuih sebelum memotongnya.

TAPAI PULUT HITAM

18407451

shima27@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 tupperware )

  • 400gms pulut putih
  • 100 gms pulut hitam
  • 1/2 biji ragi saiz kecil (saiz duit 20sen)

Cara-cara

  1. pulut dibasuh & ditoskan...panaskan kukusan...nisbah air mesti sama dgn nisbah pulut...kalau 1 cwn pulut = 1 cwn air...tanak dulu beras pulut lebih kurang 15min...pastu keluarkan pulut..gembur2kan...tanak kembali sampai masak
  2. kemudian kukus pulak pula hitam sama spt di atas cuma masa mengukus perlu ditambah sbb pulut hitam yg x direndam terlebih dahulu akan ambil masa nk masak...
  3. dah siap, ratakan pulut atas dulang...biarkan betul2 sejuk br tabur ragi (if not takut tapai jd kemerah2an..)
  4. ambik ragi & penapis air...parut ragi dlm penapis & ayak rata atas pulut...
  5. terbalikkan pulut...ayak lagi ragi smapai rata sepenuhnyerr...
  6. bubuh dlm bekas tupperware/daun pisang berselang seli antara pulut putih & hitam...kemudian balut dgn kain....peram di tempat gelap selama 2 mlm ( i terpaksa peram 3 mlm sbb sini sejuk)...

MASALODE / VADE

100_1635

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 500g kacang dhal
  • 1 biji bawang besar (ptg dadu)
  • 8-10 biji cili api (ptg kcl)
  • 10 helai daun kari (ptg kcl)
  • 1-2 sudu teh garam (sesuaikan)
  • 2-3 sudu tepung gandum (sesuaikan)
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Rendam kacang dhal semalaman. Toskan dan blend tanpa air. (tak semua kacang akan hancur.. biarkan begitu)
  2. Gaulkan kacang mesin bersama bawang, cili api dan daun kari
  3. Perisakan dengan garam.
  4. Tambah tepung gandum sedikit-sedikit sambil merasa samada bahan-bahan boleh dikepal dan melekat (agar ia tak hancur bila digoreng nanti)
  5. 100_1634
    Kepal adunan dengan menggunakan tapak tangan (bukan jari) agar ia berbentuk bulat, leper dan padat.
  6. Goreng dengan minyak yg banyak hingga garing

MI / SOTO PEKALONGAN

Soto_enak

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1/2 kilo daging -dipotong kecil2
  • halia sebesar ibu jari - diketuk
  • lengkuas sebesar ibu jari - diketuk
  • 6 sb taucu - ditapis dan disiram sedikit
  • 1 cawan kicap manis
bahan2 berikut hendaklah dikisar bersama:-
  • 5 batang lada merah
  • 15 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
bahan2 utk taburan:-
  • 1 ikat su'un - dicelur hingga lembut dan dipotong 1 inc.
  • bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • sambal kicap cili padi
  • mi hoon - dicelur hingga lembut atau -
  • nasi himpit - dipotong kecil
  • tauge - dicelur

Cara-cara

  • daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang.
  • bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih .
  • bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.)
Cara menghidang:-
  • Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain.
  • sajikan ketika panas2.

KEREPEK BAWANG

Dscn0166
DOH PEDAS:
  • 1 Kg tepung gandum
  • 200 gm bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
  • 3 batang serai *
  • 3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
  • 6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
  • garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
  • 1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
DOH PUTIH:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 3/4 cawan majerin
  • 1 sk garam
  • air

Cara-cara

DOH PEDAS:
  • blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
  • lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang.
  • masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
  • gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
  • doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap
DOH PUTIH:
  • gaul tepung dgn majerin dan garam
  • masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
  • bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
  • ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan
Dscn0170
  • kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
Dscn0152
  • letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
  • selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
Dscn0155
  • buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
Dscn0153
  • ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
  • Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.SELAMAT MENCUBA...

PIZZA

Photo-00151

Bahan-bahan ( saiz L )

  • Tepung gandum 175gm
  • Yis kering 1 sudu besar
  • minyak 1 sudu besar
  • secubit garam, air
  • mozarella cheese, sos pizza/sos tomato/sos cili
  • topping kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)
  2. Letak kertas minyak ke atas dulang bakar dan leperkan doh di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
  3. Photo-0001
    Sapukan sos pizza di tengah2 atau campuran sos tomato dan sos cili. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C selama 22mini

SOTONG BERSOS TIRAM

Dsc03342

sinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 4-5 ekor sotong size sedang
  • Halia sebesar ibu jari dihiris halus
  • Bawang merah & putih dihiris
  • Cili api atau cili merah dihiris
  • Sos Tiram
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang dihiris
  • Agak2 wangi masukkan sos tiram dan kacau
  • Masukkan sotong yang dah dipotong bulat
  • Tambah air pada yg sukakan kuah, and masukkan jugak garam & gula sikit
  • Pada yang gemar chinese style bulehlah letak tepung jagung..nak kasi pekat kuah..
  • Bolehlah diangkat dan hidang.

KUIH PENIRAM

Dscn0163

kakfiza@myresipi.com

Bahan-bahan ( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )

  • 1 kilo tepung beras (cap gajah)
  • 800 gm gula merah
  • 50 gm @ segenggam tepung gandum

Cara-cara

  1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit.
  2. angkat dan tapis air gula tadi.
  3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
  4. Dscn0161
    adunan tadi perlu diperap semalaman .
  5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
  6. Dscn0159
    cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya.
  7. angkat dan goreng dgn api perlahan.
  8. Dscn0162
    semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.
  9. sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...SELAMT MENCUBA...

DAGING GORENG SEMPOI

P1010314

enas_eryna@myresipi.com


Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

  • 300 gram daging
  • 3 inci halia(di blend)
  • 3- 4 s/b sos tiram

Cara-cara

  • Daging dihiris (jgn nipis sgt)..kemudian gaulkan dgn halia n sos tiram..
  • Last sekali goreng didalam minyak yg byk..sedia di hidang....dimakan dgn sos cili atau sos cili thai.

RICH CHOC PUDDING

Picture_721

junjs11@myresipi.com


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 / 15 gram agar2 tali masak dengan 5 cawan air

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  • Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  • Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

KUIH SERI MUKA

Kuih_seri_muka

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

Bahan2 utk Pulut :-
  • 50gm Santan Serbuk di campur dengan 2 cawan air
  • 1 S/t garam masukkan ke dlm santan
  • 500gm Beras pulut
  • 2 s/m minyak masak
Bahan2 bahagian atas kuih :-
  • 2 s/m pandan paste
  • 1/2 s/t garam
  • 3 biji telur
  • 100gm santan serbuk di campur dengan 2 1/2 cawan air
  • 1 Cawan tepung gandum
  • 3 s/m tepung jagung

Cara-cara

  • Rendam beras pulut selama 20 - 30 minit. Kemudian toskan.
  • Masukkan santan dan garam ke dlm pulut tadi. Kemudian masukkkan minyak masak.. Gaul rata.
  • Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Kukus selama 20 - 30 minit kedlm pengukus yang telah panas.
Untuk bahagian atas kuih.
  • Satukan kesemua bahan. Dan pukul hingga adunan sekata.
  • Bila pulut telah masak, padatkan pulut tadi. Tapis adunan sebelum di masukkan ke atas pulut. Kemudian kukus sekali lagi adunan tersebut bersama dgn pulut yang telah masak.
  • Kukus lebih kurang 30 - 45 minit.

LAUK NASI LEMAK TERENGGANU

Nasilemakikan

sitiazma@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit sos tomato
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  • Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (jgn lama takut lembik)
  • Goreng ikan tersebut dlm minyak. (supaya ikan pejal dan tidak hancur)
  • Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  • Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  • Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  • Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.

ROTI COOKIE

Roticookie

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 100g roti (plain bread)
  • 40g fresh milk
  • 25g telur (1/2 biji)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 40g dry fruit

Cara-cara

  • Potong dadu roti kecil-kecil. Panaskan oven sehingga 180 degree.
  • Masukkan fresh milk, telur dan tepung ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi.
  • Masukkan roti dan dry fruit. Kacau serata. Kemudian buat bentuk bulat kecil-kecil.
  • Bakar selama 15~20 minit.
TIP:
  • Kalau nak lagi rangup, roti tu hendaklah dikeringkan dulu dan hancurkan jadi macam bentuk breadcrumbs. Masa bakar pun kena pendekkan iaitu 12~13 minit.

BINGKA ROTI CINNAMON

Img_2512

azareena@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org )

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas
Bahan B:
  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit garam
Bahan C (optional):
  • 3 sudu besar butter
  • bijan

Cara-cara

Utk bahan A
  • masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang. Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut. Sejukkan sebentar.
Utk Bahan B
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  • Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  • Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  • Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan (optional). Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.

CREAM CARAMEL

100_3607__small___wince_

Bahan-bahan ( 4 hingga 5 orang )

  • 4 sdbsr gula pasir ( cairkan atas api)
  • 4 biji telur
  • setengah tin susu manis/pekat
  • 1 tin susu cair (carnation/ideal)
  • 1 sdth essen vanilla
  • Luyang berukuran 19 cm

Cara-cara

  1. 100_3608__small___wince_
    Letakkan luyang (yg berukuran19cm) di atas api yang perlahan dan cairkan gula pasir.. tak perlu tambah air...kacau tanpa henti dan tunggu sehingga gula berwarna perang dan sejukkan.
  2. Satukan telur, susu pekat, susu cair dan vanilla didalam mangkuk dan pukul hingga sebati....
  3. 100_3606__small___wince_
    Tuang ke dalam luyang ( caramel gula ) yang sudah sejuk dan kukus selama 30 minit...Sejukkan didalam peti sejuk...dan siap untuk dhidang.

PUDING TELUR BERSANTAN

Pudingtelur

salieysa@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 20gm agar - agar serbuk
  • santan dari sebiji kelapa
  • 3 biji telur ayam
  • 6 gelas air
  • setengah kerek manisan (boleh tukar gula melaka, gula perang, gula apong)

Cara-cara

  • masak agar - agar dengan air
  • manisan tu ricih - ricih, kemudian masukkan dalam periuk agar - agar tadi.
  • sementara tu, blendkan kesemua santan dengan telur, biar sampai berbuih.
  • kemudian tuangkan ke dalam periuk agar - agar tadi, kacau sampai mendidih. dah tu tutup api dan bolehlah letakkan dalam loyang/bekas.
  • dah sejuk nanti, puding ni akan jadi 2 lapis, lapisan coklat jernih kat bawah, atasnya bewarna krim (telur dan santan).

BAHULU GULUNG MINI COKLAT STRAWBERRY















Sumber: 1001 resepi /Umi Amir

Bahan-bahannya:
  • 2biji telur
  • 50gm gula halus
  • 10gm tepung jagung
  • 15gm serbuk coklat
  • 25gm tepung gandum
  • ½ sudu teh ovellete
  • 25gm mentega (cairkan)
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Jem strawberry secukupnya.
Caranya:
  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko then ayakkan
  • pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.(pastikan betul2 kembang)
  • Masukkan bahan2 yang diayak tadi gaul perlahan hingga tepung hilang dari
  • pandangan.
  • Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan.Gaul sebati.
  • Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang telah dilapik kertas, adunan lebih
  • kurang setinggi 2cm.
  • Bakar dalm oven selama 10 minit suhu 180Âșc.
  • Angkat dan balikkan ke atas kertas roti yang telah ditabur gula halus atau serbuk koko.
  • Sapukan jem ¾ adunan lalu digulung kemas dan wrape dengan cling film.Boleh dipotong dan dihidangkan bila sudah sejuk.

LOVE LETTER / KUIH SEPIT


Sumber :1001 resepi / Umi Amir

Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum
  • 250g gula castor
  • 60g tepung beras
  • 5 telur
  • 2 cawan santan
  • garam
  • Minyak

Cara Membuat

  • Masukkan telur dan gula kedalam bekas dan kacau rata.
  • Masukkan santan, tepung dan garam sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih sepit dan panaskan.
  • Letakkan sedikit adunan pada acuan dan kepitkan.
  • Bakar hingga kekuningan.
  • Keluarkan dari adunan dan gulung atau lipat kueh sepit dan hidangkan

BEABOOSA



Sumber: http://1001resepi.com

Bahan-bahan

  • 360g tepung semolina
  • 160g tepung serbaguna
  • 1/2 suduteh serbuk penaik
  • 240g gula
  • 250g minyak
  • 250ml susu segar

Bahan sirap

  • 480g gula
  • 500ml air
  • 1 biji lemon (jus)
  • 3 sudu teh madu

Cara Membuat

  • Campurkan semolina, tepung, serbuk penaik dan gula. Kemudian masukkan minyak dan susu. Kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 180C. Tuang sirap keatasnya.

Sirap

  • Campurkan semua bahan sirap dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih.

LAPIS SERI WANGI ( LAPIS JAGUNG )

Kuih_lapis

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

bahan A -dimasak hingga mendidih-
  • 880 g santan pekat ( drpd 2 biji kelapa utk santan pekat dan cair)
  • 425 g gula pasir
  • 1 sk garam
  • 2 helai daun pandan- disimpul
bahan B - disatukan dlm sebuah mangkuk
  • 625 g santan cair
  • 400 g tepung beras
  • 170 g tepung ubi/tapioca FLOUR
  • C - 1 tin jagung cream
  • sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara-cara

  • tuang bahan A yg masih panas sambil ditapis ke dlm bahan B
  • masukkan jagung cream ke dlm adunan tadi dan digaul rata.
  • bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan diwarna kan hijau dan kuning.
  • panaskan loyang yg disapu minyak di dlm kukusan
  • kukus adunan selapis2 berselang-seli warna.Tiap satu lapis dikukus selama 5 min. dan lapis yg akhir dilapis selama 15-20 min.
  • biarkan kuih lapis benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.

CRUNCHY SARDIN ROLL

Roll

NinaScore@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 family )

Kulit luar
  • 1 buku roti Jumbo (Gardenia or lain2)
  • 1 biji telur
Inti
  • 1 tin sardin (yg besar)
  • 1 biji bawang besar
  • Daun bawang dan cili secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Gaulkan sardin bersama bawang,daun bawang,cili dan garam.
  2. Pukul telur.Canai roti dan letakkan inti di dalam.Gulung roti dan sapukan sedikit telur di hujung roti sebagai gam.
  3. Sapu telur pada semua permukaan roti guna berus pastry.Ini yg bagi dia crunchy sebab dia nipis.Goreng hingga kuning keemasan.
  4. Roll1
    Toskan minyak dan ambil satu.Letakkan di mulut dan makanlah......yUmM