TERIMA KASIH DGN PEMBERIAN INI...

dari Manja Lara Kuantan


dari Manja Lara Kuantan

dari Manja Lara Kuantan-Langkawi


dari Manja Lara Kuantan-Penang

SELAMAT HARI LAHIR ALONG...^_^







SAMBAL DAGING BALDU@SERUNDING DAGING


Resipi turun temurun keluarga.....

Bahannya:
  • 600 grm daging - rebus empuk N siat2 halus
  • 2 biji kelapa tua - ambil santan yg pekat
  • 4 batang serai
  • 25 grm cili kering / tambah cili pada yg sukakn lebih pedas - cuci - toskan
  • 15 biji bawang kecil
  • 10 biji bawang putih
  • 10 sen ketumbar - disangai
  • Garam, gula, perasa secukupnya
Cara membuatnya :

1. Siat2 halus daging yd telah direbus tadi hingga habis, ketepikan.
2. Mayang serai masukkan dalam blender + kan bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Kisar hingga halus bahan2 tadi ketepikan.
4. Sangai ketumbar hingga naik wangi, ketepikan
5. Ambil kuali yg agak besar satukan santan, daging tadi bersama bahan2 yg dikisar tadi.
6. Masukkan gula,garam dan perasa secukupnya..masak hingga agak kering dgn api yg sederhana kacau2 selalu agar tidak hangus, pastikan api tidak terlalu kuat.


7. Setelah kering kecilkan api, deraikan daging tadi dgn menggunakan garfu buat hingga semuanya berderai seperti tali guni


8. Peringatan -" daging mudah berderai jika cukup santan pekatnya"
9. Setelah itu baru masukkan ketumbar tadi gaul rata dan serunding agak kering dan ringan..
10. Sejukkan dahulu baru disimpan dalam bekas tahan selam 1-2 bulan jika disimpan dgn petiais..
11. Selamat mencuba

ASAM PEDAS PARI..KARI AYAM & BROKOLI CAMPUR





BEBOLA BISKUT MARIE


Sumber : Citarasawan
Kak Wan..Zanie cp resipinya ya...!!^___^ xlarat la nak naip....hehehe....

Bahan-bahan
  • 150gm biskut marie-di hancurkan
  • 60gm coklat masakan, dicairkan
  • 50gm jem (ikut suka)
  • 50ml susu segar
Hiasan : Manik gula, coklat rice atau kekacang



Cara-cara :
  1. Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata. Panaskan susu segar tetapi jangan sampai mendidih.
  2. Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  3. Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong dan golek dengan bahan hiasan.

APAM SALJU @ APAM NASI

Sumber : ermm... x hingat la tpi ramai dah kawan blog buat ,zanie baru nak try, sedap la apam nie tengkiu tuan empunya resipi..^^__^^





Bahannya :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gadum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula perang (brown sugar)
  • 3/4 cawan gula pasir (guna semua gula pasir pun ok, tapi manis, pandai2 adjust yea)
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • Sedikit pewarna (jika suka) - guna warna pink,hijau apple dan warna asli
  • Kelapa parut + secubit garam, gaul rata


Caranya :
  1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir, kisar sampai sebati.
  2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
  3. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih. Bahagikan adunan kpd 3 bhgn dan warna kan mengikut kesukaan masing2. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan dan sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
  4. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....



nie versi kukus dlm loyang ...

IKAN SWEET SOUR...

ermmmm... sedap makan dgn nasi panas nie lauk nie...jom tengok2 ya..!!

RED VELVET CAKE & STEP BY STEP DECO


Sumber : Zatidihati

Kak... zanie mintak izin CP resipinya ya..!!
errmmm... tengkiu k.zati, best la kek nie x rugi zanie melayan kek nie walau hampir2 aje zanie nak campak tepi meja sb BC tu x buleh nak buat munga..x tau la kenapa, maybe x ckup pekat kot BC tu..last2 minute zanie deco je mcm yg ada dlm gambar tu, habis cite,hehe..pd sape yg ingin mencuba resipi nie..sila la, yg pasti kek nie memang gebus mebus N mebeles gitu....

Bahannya :

A (bahan untuk diayak bersama)
  • 250g cake flour
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp koko powder
B:
  • 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
  • 2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk
C:
  • 113g butter
  • 300g gula castor
  • 2 bj telur gred A
  • 1 tsp vanila
D:
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp baking soda


Caranya :
  1. Pukul butter selama 2 minit.
  2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit.
  3. Masuk telur sebiji sebiji.
  4. Masuk vanila
  5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
  6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.
  7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit.


Tolong abaikan tudung saji tu ek!!


Utk topping zanie guna resipi nie..

Butter Roux :
  • 3 sb tepung gandum
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan butter - zanie guna buttercup
  • 1 cawan susu segar
  • 1 st esen vanilla
Caranya :
  1. Masukkan tepung dlm 1 bekas, tuang sedikit2 susu kedalamnya sambil di kacau agar tidak bergentel,sesudah itu tuang baki susu tadi, masak atas api hingga agak2 pekat, sejukkan.
  2. Pukol butter + gula hingga kembang gebu
  3. Masukkan pula bahan masak tadi kacau agar rata & sebati.
  4. Sedia utk di sapu pada kek tadi
  5. Selamat mencuba....

SELAMAT PANJANG UMUR.......5/1/19++

Ekekeh....x tau dah nak sembang apa..sb majuk dgn kek nie tau..!! apapn.. jom cuci mata dgn deco kek ku yg comot nie...kek nie adalah resipi kek velvet, lembut n gebu kek nie...
SELAMAT HARI LAHIR...^_____zanie____________^

BIHUN LADA HITAM & JUS PUDINA + TIMUN

Ermm... best tau jus pudina & timun nie..nyaman je masuk tekak....

menu simple, bihun goreng lada hitam fishball...ada plak jus pudina tu...
pergghh!!! sedap..^_^

KEK KARROT

Sumber : Mat Gebu
Lihat la kakunya tangan ku ini deco pun x mcm org lain buat kaann...tapi tetap akan zanie N3 kan disini sb nak buat kenangan lagi pun nie kan umah zanie so..ikut suka la kan..!!ekekeh

Bahannya :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 c.t baking powder
  • 1/2 c.t soda bicarbonate
  • 1/2 c.t garam halus
  • 2 biji telur (A)
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 - 1 cawan gula castor
  • 11/4 cawan karrot parut - perah sikit airnya
  • 1/2 cawan nanas dalam tin - zanie x letak sb x de
  • 1/2 cawan klapa kering
  • 1/2 cawan walnut cincang
Bahan Topping :
  • 100 grm mentega
  • 125 grm cream cheese
  • 11/2 s b gula halus - diayak
  • 1c.t esen vanilla
Caranya :
  1. Panaskan oven pd suhu 180 c, lencer minyak pd acuan saiz 7in x 7in x 3in dan alas dasarnya dgn kertas minyak .
  2. Ayak bersama tepung + soda + baking, ketepikan.
  3. Dalam bekas lain satukan telur, minyak dan gula, kacau guna whisk hingga gula hancur dan bahan tadi rata.Masukkan bahan ayak tadi perlahan2 gaul sebati.
  4. Masukkan nanas, lobak merah, kelapa kering N walnut tadi. Kacau biar rata dan sebati.
  5. Tuang dalam loyang yg telah di lencer tadi dan bakar selama 1 jam / hingga masak.
  6. Sejukkan dulu kek atas redai baru sapu topping tadi. Simpan dalam petiais sebelum dihidang
Cara buat cream cheese :
  1. Pukul cream cheese + mentega hingga sebati, masukkan gula juga esen vanilla, pukul lagi hingga gebu N halus mulus menggunakan speed sederhana
  2. And then.. boleh la sapu pada kek tadi N hias ikut selera memasing..