11 August 2009

MEE REBUS


bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gm tauge
  • 2 tangkai daun sup (dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 8 biji cili merah (dihiris)
  • 4 keping tauhu goreng (dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • 6 biji telur (dibelah)
  • 6 biji limau kasturi (dibelah).
Bahan Penumis Dikisar:

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 6 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil jintan manis Bahan Kuah:
  • 300 gm daging (cincang)
  • 200 gm tetel (direbus)
  • 300 gm keledek (direbus)
  • 250 gm udang basah
  • 5 sudu besar taucu
  • 1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cm lengkuas (diketuk)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam, gula & air secukupnya
Cara:

  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan daging cincang, tetel & udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan kacang tanah, air, garam, gula & taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment