ROTI ARAB

Rotiarab

sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 org makan )

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  • mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  • tepung di gaul dengan yis
  • Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  • perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  • Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  • Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  • panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  • Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Roti Canai Telur

P3080109

inid@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sb susu pekat
  • secubit garam
  • 1/2 - 1 cawan air
  • 1 sb minyak/marjerin/mentega
  • marjerin/mentega-untuk salutan
  • 3 biji telur - dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
  • Minyak-untuk menggoreng

Cara-cara

  • Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
  • Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
  • Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
  • Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
  • Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
  • Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.
  • Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

Roti celup telur

Roti_celup_telur

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( seorang makan )

  • 4 keping roti
  • 2 sb butter
  • secubit lada sulah
  • secubit lada hitam
  • 2 biji telur

Cara-cara

  • Pecahkan telur dalam pinggan, masukkan lada sulah & lada hitam. Pukul biar semua bahan sebati. Ketepikan.
  • Roti disapu dgn butter bahagian depan & belakang.
  • Celup roti dalam telur tadi. Masukkan dalam non stick pan. Masak kedua2 belah sampai telur masak.
  • Siap untuk dihidang. Sedap dimakan dgn sos cili :)

Mixfruits wholemeal loaf

Mixfruitwholemeal

Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 200 gm wholemeal flour
  • 100 gm high protein flour aka tepung roti
  • 40 gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 30 gm butter/margerin
  • 1 1/2 sudu teh yeast segera
  • 1/2 cawan dried mixed fruits

Cara-cara

  • Breadmaker- masukkan bahan diatas mengikut turutan atau sebagaimana yg disarankan oleh breadmaker anda.
  • pilih fungsi untuk membuat wholemeal bread (sekiranya ada) dan "ON".
  • Tunggu sehingga selesai & sedia untuk di hidang.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai breadmaker, anda boleh menguli dengan tangan 2 kerat anda.
  • Gaulkan tepung, gula & garam.
  • gaulkan pula yeast, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
  • Masukkan pula butter dan uli lagi sehingga dough menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit ( bergantung kepada tenaga pengulinya).
  • masukkan dough ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik/cling flim selama 40-50 min sehingga dough naik 2X ganda( bergantung kepada cuaca).
  • Tumbuk/keluarkan angin dari dough tadi. rehatkan selama 10 minit.
  • Masukkan mix fruits dan bolehla di letakkan ke dalam loaf tin atau di bentuk seperti bun jika tiada loaf tin. Rehatkan lagi selama 30-40 min.
  • Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 15-20 min pada suhu 200C

Roti Keladi

Bread_yam

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji )


Bahan-bahan untuk doh:
  • 110ml air
  • 30g telur (1/2 biji telur yg besar)
  • 240g tepung roti
  • 10g tepung soya atau tepung susu
  • 35g gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 15g majerin atau mentega
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread improver
Bahan-bahan untuk inti:
  • 300gm keladi
  • 2-3 sudu besar air panas
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 cawan gula halus (tambah/kurang ikut citarasa masing2)
  • Pewarna merah dan biru (3:1) - Optional
Bahan untuk hiasan:
  • Hirisan almond secukupnya

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker mengikut susunan. Pilih menu untuk buat doh, on kan.
  • Sementara itu, sediakan inti. Buang kulit keladi, potong kecil2 dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan air panas dan tutup dgn plastic wrap, masak dalam microwave sehingga empuk.
  • Lenyek-lenyekkan keladi dengan garfu. Masukkan gula, minyak dan pewarna, gaul sehingga rata. Masakkan lagi dalam microwave selama 1-2 minit. Biar sejuk sikit, buat 8 bebola dan simpan dalam peti sejuk.
  • Keluarkan doh dari breadmaker, bahagikan kepada 8 bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  • Balutkan inti keladi tadi seperti biasa. Canaikan pelahan-lahan untuk buat betuk panjang, lebih kurang 12 cm.
  • Gunting atau hiris doh yg berinti, jagan sampai putus. (Boleh rujuk gambar untuk buat roti sosej.) Rapatkan kedua-dua hujung, buat bentuk U.
  • Rehatkan selama 30 minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12-15 minit. Keluarkan dan sapukan mentaga pada permukaan roti dgn segera. Taburkan sedikit hirisan almond yg telah dibakar.

Roti salad

Saladbun

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )

Doh roti
  • 175ml susu segar
  • 250g tepung roti
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar dry yeast
Salad
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji bawang besar- dicincang
  • 2 sudu besar sayur campur
  • 1 sudu besar yogurt
  • garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • * susu segar utk sapu kat roti

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan utk buat doh ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh.
  2. Sementara tu, sediakan salad. Buang kulit kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Campurkan semua bahan-bahan untuk salad dan ketepikan.
  3. Saladbun1
    Bila doh roti dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagiakan kepada 6 bahagian. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Saladbun2
    Ambik sebiji doh tadi. Bahagikan 20g utk tangkai dan selebihnya utk bakul. Untuk tangkai canaikan jadi bentuk panjang lebih kurang 10cm.
  5. Saladbun3
    Manakala untuk bakulnya leperkan supaya boleh diisi salad.
  6. Saladbun4
    Ambik bahagian tali. Putarkan sedikit dan buatlah jadi bentuk tangkai seperti dalam gambar. Biarkan naik 2 kali ganda. Atau penaik guna oven pd suhu 40C selama 30 minit.
  7. Saladbun5
    Sapukan dengan susu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 180C selama 12-15minit. Biarkan roti di dalam oven 5-10 minit lagi untuk roti kelihatan lebih kuning.

Roti gula melaka

Rotigulamelaka

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur(gred B)
  • 250g tepung roti
  • 40g gula melaka
  • 10g mentega
  • 3g(1 sudu kecil) dry yeast

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Ikut susunan dari atas ke bawah.
  • Pilih menu untuk roti siap di masak. ON kan button.

Meron pan

Meronpan

Bahan-bahan ( 10 biji )

ROTI
  • 125ml air
  • 30g telur
  • 250g tepung roti
  • 25g gula
  • 12g susu tepung
  • 4g garam
  • 25g butter
  • 4g dry yeast
COOKIE
  • 150g tepung gandum
  • 45g gula halus
  • 4g baking powder
  • 30g butter
  • 50ml telur
  • 20g chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  2. Cookie1
    Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  3. Cookie2
    Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  4. Cookie3
    Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
  5. Cookie4
    Satu bahagian letaklah chocolate chips
  6. Cookie5
    Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  7. Cookie6
    Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  8. Meronpan1
    Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
  9. Meronpan2
    Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
  10. Meronpan3
    Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  11. Cookie7
    Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  12. Cookie8
    Canaikan cookie
  13. Meronpan4
    Letakkan cookie ke atas roti
  14. Meronpan5
    Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
  15. Meronpan6
    Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  16. Meronpan7
    Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  17. Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

Sizzling Yee Mee

Sizzle_yee_mee01

Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  • Masukkan 2 cawan air.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  • Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  • Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Bendi Goreng Salut Tepung

Dsc04862

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 2-3 orang )

  • 1 cawan tepung kacang kuda (chickpeas flour)
  • semangkuk bendi dipotong tangkai dan dibelah dua memanjang
  • garam, dan black pepper secukupnya
  • secekak daun ketumbar dihiris halus
  • air lebih kurang 1/2 cawan
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu makan cumin seed (jintan kurus bukan yg gemuk tu)

Cara-cara

  • Masukkan tepung dalam mangkuk. Masukkan garam satu sudu teh, jintan, dan black pepper. Campurkan air sedikit demi sedikit sampai tepung jadi pekat lebih kurang macam nak celup goreng pisang tu.
  • Masukkan daun ketumbar. Panaskan minyak. Celupkan bendi dalam tepung dan goreng sampai garing. Memang best...