ADA SESIAPA YANG NAK ORDER ?


Tercari - cari apakah buahtangan / doorgift / hadiah yang akan di berikan pada rakan, sahabat handai yg hadir pada majlis yg di adakan samada perkahwinan / kenduri potong jambul / apa jua majlis yang akan di adakan? Apa kata Zanie's HomeMade memperkenalkan 3 biji muffin comel yang di pek dalam butterfly box yang boleh di jadikan buah tangan pada tetamu yang hadir

Mini Muffin nie ada rasa : Pandan, Strawberry, Oren dll
Harga 90 sen siap kotak utk tempahan 1000 pcs

Arah sisi

Dari arah atas
********************************************************

Zanie terima sms juga email minta zanie bagi harga Popia Horlick Product Zanie's HomeMade..
okeeey ...pada sesiapa yang ingin order sila scroll mouse tu ke bawah ya!!

Kandungan 1 kg
* ihsan dari gambar yg lepas popia belum salut lagi

Contoh balang 1/2 kg


Pek 1/2 kg dalam plastik sprt dalam gambar ...
Popia yg dah
siap salut

Meh kita lihat harga ......

Dalam balang / Plastik pek

> 1 kg Rm20.50

> 1/2 kg Rm11

Kandungan > Popia gula dan Horlick


Penghantaran

Area Pontian > percuma

Luar kawasan kos penghantaran :

Berat 1kg pertama -rm 8.50 [ S. Malaysia shj ]

Pertambahan 1kg berikutnya - rm2.50


Penghantaran : Pos Laju

Sila email / sms/ tinggalkan pesanan di cbox..

Terima kasih

ORDER DI HUJUNG SEPT & OKT

Alhamdulillah walau kesihatan agak terganggu waktu itu namun tempahan tetap zanie terima namun begitu ada juga yg terpaksa zanie tolak atas sebab - sebab yg x dapat di elakkan. kepada yg telah terima order terima kasih daun keladi kalau sedap lain kali boleh order lagi ^_^


Buat Sepupu zanie > Cikgu Ani yg mengajar di Sek Jenis Keb Cina di Kulai [ anak cikgu Radhiah]

Utk Cikgu Radhiah > BBCT juga 4 balang Popia Horlick utk di bawa ke Kulai

* dia koling2 > tengok budak2 x renti2 buka katup aisbox, sedap la tuu.. ialah cikgu ni [ makcik zanie ] x bape minat manis, soo ... anak dan cucu dia la yg bagi habis B'berry C .T tuuu ...

Horlink plak anak terunanya x boleh nak stop makan, asik ngunyah aje .. hehehe... sedap kerrr
..... x apa kalau dah habis nanti raya haji boleh order lagi ya!!!

Utk Nurse Siti Sara > BBCT > 150 BIJI
* kastemer tetap nie
utk Raya Haji k. Sara dah booking nak 50 biji BBCT, x apa last2 minit kalau nak tambah yg lain2 masih open order lagi

Utk Suriati > BBCT > 100 biji > bawa ke JB, open house Deepavali atok sebelah bapanya

*sms > sume kata sedap, semua suka sampai x cukup ....

Utk kawan Suriati juga > buat makan - makan dirumah nya di JB

*sms darinya > errmm sedap mcm syg nak habiskan


Utk Khadijah > kesian dia nie tempah lagi 2 hari nak raya tapi baru dapat zanie buatkan.. i'm beri2 sori ya cik jah caaayang cik jah jgn rajuk ya!! soo , terima kasih ya cik jah [ makcik zanie nie @ kastemer tetap ] tetap senyum walau ordernya baru sampai .. eheheh ... salam zanie buat cik mat ya!! kalau urut org sakit tu jgn berangan .....huhuhu .....

PAJERI NANAS

Semua org biasa buat pajeri nanas, terutama waktu majlis perkahwinan wajib ada masakan ini. memang x susah jika sesiapa yg ingin makan . menu yg simplekan!!! soo ....sesiapa pn boleh membuatnya. resepi ala kadar saje zanie bubuh disini jika ada sesiapa yg ingin mencubanya

1 biji nanas masak sederhana besar > buang kulit > cuci dan potong2 kecil ikut selera
2 S M rempah kari ikan
bwg merah + bwg putih [ mayang / tumbuk lumat]
lada merah hidup belah 2
secukup manis gula
garam , perasa
secukup air

> tumis 2 jenis bwg sampai naik bau masuk rempah kacau sampai timbul minyak > masuk nanas
kacau rata tuang air takat sama rata dgn nanas tadi > masuk gula, perasa dan garam secukup rasa > bila nanas sudah masak, dan kuah agak pekat. masuk lada yg di belah 2 tadi kacau rata. > matikan api

KEK GULA HANGUS


Buat kek nie utk makan2 masa rumah mak di kg baru siap repear, ini versi kukus saje sb nak ada kelainan dari yg biasa. Baru keluar dari kukusan panas lagi tuuu ....

DALCA DAGING LEMBU

>Resepi dari blog Bro Rozzan. Minta izin kopipes resepinya ya Bro ^_^ maleh la nak naip eheheh ..

Bahan-Bahannya
  • 1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk [ zanie guna daging lembu ]
  • 200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
  • 3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
  • 3 biji tomato (dibelah 2)
  • 200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
  • 1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
  • 2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
  • 1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
  • 3 batang lada hijau
  • 3 senduk minyak masak

Rempah Campak
  • 4-5 tangkai daun kari
  • 5 biji bunga cengkih,
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 inci kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris )

  • 1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
  • sedikit air asam jawa
  • 200 ml santan kotak
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.

DAGING BURGER SALUT TELUR


Buat nie utk dinner sb x ada idea nak masak lagi pun zanie x berapa sehat sooo ... masak yg simple2 aje ler ... sib baik HB suka makan x la membazir waktu zanie memasaknya, eheheh ....



Nilah ropa daging yg dah masak tuu....
ada timun & kentang goreng N roti bakar.... nampak sedap x ? jemput makan ....^_^

CENDAWAN TIRAM GORENG

Beberapa hari yg lepas waktu zanie anta kete di bengkel, tara2 tunggu kete tu siap zanie stay la umah adik pempuan zanie yg bongsu. Masa zanie di sana adik zanie baru balik dari klinik sb anak2nya sakit mata, dalam perjalanan balik adik zanie singgah la di ladang cendawan, banyak gak dia beli 1kg rm8 saje. sedap di goreng katanya tapi zanie memang x pernah buat / makan walau banyak di jual di pasar malam. adalah dia bawakkan balik utk zanie mencuba di rumah. simple saje proses mengorengnya mcm buat goreng pisang gak,alkisahnya nak tau, rasanya ala - ala keladi goreng UUUuuuu ... eheheh ....sedap laa ... sedap lagi kalau di makan waktu panas - panas, crunchy gitu..... cuba la pada sesiapa yg ada stok fresh cendawan tuu ....



Bahan utk tepung salut : secukup tepung beras + air + garam > jadikan cecair agak2la jgn cair plak nanti adunan tepung tu x dapat menyaluti cendawan tadi pastu goreng laa.. minyak mengoreng jgn lupa pulak .. hehehe ....

KEK COKLAT MOIST UMMI


tengok tu cekelet dia meleleh.. ermmmm sedap tau !!!

Resepi kek coklat moist nie zanie cedok dari umah ummi, atasnya zanie buatkan choc ganache pastu tabur ngn badam serbuk, sedapkan !!!! tapi syg baru ada kesempatan tempekkan disini
Maaf laa, gambo pn x bape terang ..... layan ajelerrrr ....^_^

MAIN - MAIN DGN CEKELET

ni projek beberapa hari yg lepas baru dapat di siapkan

SALAM & SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


Salam bersua kembali ... lamanyer x update blog ya!!! ramai yg tercari2 rupanya. maaf la lama zanie menyepikan diri bukan apa ni di sbkan saje nak MUHASABAH DIRI .........
masih banyak kekurangan yg perlu dipelajari dan di nilai walau dari segi ilmu mahupun pergaulan. Nape zanie berkata begitu? sejak akhir2 ni banyak sangat tragedi yg terjadi dalam hidup zanie, ia menuntut agar zanie lebih bersabar dan bertenang, maka hari ini zanie sekali lagi mengagahkan diri bangun utk menyahut cabaran dan dugaan. Terima kasih yg x terhingga atas sokongan dan ingatan kalian walau dah hampir sebulan lebih x memblogging namun pengunjung setia tetap ada samada masuk dari blog terus ke CBox / email, x kurang juga antar SMS, tanpa kalian siapalah zanie, maaf sekali lagi sb x dapat nak balas SMS, email / Cbox, apapn kalian tetap di hati zanie .Terima semua.......




Dikesempatan ini zanie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji di iringi dengan beberapa rangkap pantun harap semuanya terhibur bila membaca bait2 patah perkataan yg penuh bermakna ini ...

TUNGGU - TUNGGU RAYA HAJI DAH DOKEK
BAKA LOMANG ROBUH KETUPEK
NAK TERIMA TEMPAHAN PUN MASIH SOMPEK
ANTA SMS DULU BIO COPEK ......


BIAR KULIT SEGOLAP ALMOND LONDON
ASALKAN HATI SESUCI KUIH BANGKIT

BIAR IMAN SEKENTAL DODOL
JANGAN SETIPIS TEMPEYEK

BIAR JIWA SELEMBUT KUIH BAHULU
ASALKAN AKHLAK SECANTIK BISKUT DAHLIA

SENYUM LA SEMANIS WAJIK
AGAR LEBARAN YG BAKAL DI SAMBUT
AKAN LEBIH BERMAKNA

* kalau sudi balas la pantun dari zanie di ruangan ulasan / komen di bawah tuuuuu... caaaayang semua .........