09 November 2010

KEK COKLAT TANPA TELOR & MENTEGA


dah lama nak try buat kek nie tapi asik tangguh2 aje tapi hari ini zanie cuba merajinkan diri kedapur, resepi di My Resipi dari ( dAYANG jACK)

Bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 st baking powder
  • 1 st soda bicarbonate
  • 1/2 cawan serbuk koko / campuran serbuk coklat - zanie guna serbuk koko
  • 2 cawan gula aising
  • 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh - zanie guna nescafe sechet
  • 21/2 cawan air panas
  • 1/2 st garam halus
  • 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung - zanie guna mentega cair
  • 2 st cuka
  • 2 sk esen vanilla



Caranya :
  1. Panaskan oven 160 c.Sementara itu sediakan loyang yg telah di griskan dengan mentega diikuti dengan menabur dgn sedikit tepung pada sekeliling loyang.
  2. Ambil bekas yg agak besar , satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee N garam kacau rata.
  3. Masukkan air panas N esen vanilla, kacau sebati menggunakan sendok kayu / spatula.
  4. Masukkan minyak sayuran, kacau lagi biar sebati, tapis jika bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan cuka N terus kacau.
  6. Tuang dalam loyang ,bakar 30 minit / sehingga masak.

No comments:

Post a Comment