15 June 2011

KUEH DANGAI KAK SHARIFAH..TQ SIS









Bahannya :

  • 8 cawan kelapa parut yg muda
  • 21/2 cawan tepung pulut
  • secubit garam halus
  • 1 cawan gula castor
  • 2 titik perasa strawberry

Caranya :

  1. Dalam bekas gaul bersatu kelapa parut,garam & tepung pulut jadi seperti bread crumb. bahagi kepada 2 bahagian.
  2. Dalam bekas lain satukan gula + pes tadi. gaul rata.( utk filling)
  3. Ambil loyang masukkan sebahagian dari bahan diatas tadi ratakan.
  4. Tabor rata2 filling tadi, akhirnya masukkan baki bahan diatas tadi ratakan supaya menutupi lapisan tengah.
  5. Bakar selama 10-15 minit / hingga bahagian atas nampak kekuningan.
  6. Sejukkan dahulu baru di potong..hehehe..zanie x sempat tunggu sojuk dah potong..tu yg nampak senget benget ..gara2 x saba nk merasa..urmmm...bestt..ada rasa stoberi gitu..=)









No comments:

Post a Comment