01 October 2009

PENGAT UBI KELEDEK BIJI SAGU

Gambar pengat nie lama dah dlm peti besi oleh kerana masa banyak tertumpu pada persiapan hari raya jadi x dpt nak N3kan disini soo hari ini zanie nak kongsi bahan2 dalam pengat nie
Bahan yg very2 simple saje sesiapa pn boleh dan dah expert membuatnya tapi walau macamana pn zanie cuba nak bubuh juga disini pada yg teringin nak try...

Bahannya:

  • seketul keledek merah > buang kulit potong2 dadu
  • Seketul ubi kayu > buang kulit potong dadu gak
  • 2 biji pisang nipah > buang kulit potong bulat 1in lebar
  • 30 grm biji sagu > cuci dan toskan
  • gula ikut manis
  • secubit garam
Caranya :
  1. Rebus keledek ubi kayu hingga empuk masuk pisang dan sagu. Didihkan hingga biji sagu berubah jadi kilat jernih dan pisang masak
  2. Masukkan gula dan garam secukupnya matikan api dan sedia utk di makan
  3. Sekian selamat mencuba

No comments:

Post a Comment