02 April 2008

Asam Pedas Bertam Ulu

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 ekor ikan patin sederhana besar
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan sedikit gula

Bahan A:-

  • 1 ½ sudu teh jintan putih
  • 2 ½ sudu teh jintan manis

Bahan B:-

  • 6 biji bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih }
  • 3 cm halia } dikisar
  • 7 cm kunyit hidup }
  • 3 cm belacan }
  • 2 cm lengkuas }

Bahan C:-

  • 30 tangkai cili kering }dikisar
  • 2 batang serai

Bahan D:-

  • 1 mangkuk sederhana besar air asam jawa
  • Air secukupnya

Bahan E:-

  • 2 kuntum bunga kantan
  • Daun kesum secukupnya

Cara:

  1. Panaskan minyak. Setelah itu, masukkan halba diikuti Bahan A. Setelah naik bau, masukkan Bahan B.
  2. Setelah bahan B kelihatan agak garing, masukkan Bahan C beserta serai. Biarkan cili agak pecah minyak, baru dimasukkan Bahan D dan Bahan E. Biar menggelegak.
  3. Kemudian bolehlah dimasukkan ikan patin, garam dan sedikit gula. Apabila ikan masak, tutupkan api dan akhir sekali terus dimasukkan daun limau purut yg telah disiat-siat sedikit.

Cadangan Hidangan:

  • Untuk hidangan 4 orang

Tambahan:

  • Apabila menumis rempah, jangan tunggu sehingga bahan tersebut hangus.

No comments:

Post a Comment