AYAM PERCIK YUMMIEZ


Ayam_percik

Cuba try test dulu =)

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

Bahan A:
  • 1 kg ketulan ayam
  • 400 ml santan
  • 2 asam keping
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan B (dikisar halus):
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • 10 biji cili kering - direbus dahulu
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 1 tsp halba
  • if takde buah keras and halba, tak letak pun takpe

Cara-cara

  • Perap ayam bersama dengan sedikit bahan yang telah dikisar dan sedikit garam.
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping.
  • Masak hingga kuah menjadi pekat. Teruskan mengacau kuah untuk mengelakkan santan daripada naik minyak.
  • Tutupkan api dan gaulkan kuah bersama ayam yang telah diperap di dalam mangkuk.
  • Panggang ayam di dalam oven sehingga masak.
  • Hidangkan di dalam pinggan dan letakkan lebihan kuah di atas ayam.
  • Selamat mencuba! =)

0 comments:

Post a Comment