01 April 2008

Ini khas untuk Saudari Ajzie yang bertanyakan mengenai topping untuk menghias kek. Ada bermacam-macam cara untuk kita menghiaskan kek dan pelbagai

Sebelum D berkongsi resipi-resipi untuk membuat Kek Lapis. D ingin berkongsi tips sewaktu hendak membuat Kek Lapis. Artikel ini D tulis sejak D berkongsi resipi himpunan Aneka Jenis Kek Lapis di Restoran Pak Amir dan Resipi.Net. Semoga dapat membantu semua.

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan kreativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada dipasaran. Tapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Disini D berikan sedikit tips bila membuat Kek Lapis.

1. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi dan bila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment