Koleksi resepi-resepi dari pelbagai sumber untuk rujukan teman-teman mayaku.
01 April 2008
TIPS MENGHIAS KEK MENGGUNAKAN WHIPPED CREAM/ WHIPPED TOPPING
Ini khas untuk Saudari Ajzie yang bertanyakan mengenai topping untuk menghias kek. Ada bermacam-macam cara untuk kita menghiaskan kek dan pelbagai topping.
Untuk permulaan, D lebih suka jika anda cuba menggunakan Whipped Cream ataupun Whipped Topping. Salah satu sebab ia adalah fresh cream yang bila kita hias diatas kek lebih sedap sewaktu kita NGAP dan dari segi cara untuk kita menyediakan pun mudah.
Whipped Cream ini ada dua macam – Non-Dairy Whipped Cream dan juga Dairy Whipped Cream. Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada didalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipped Cream.
Dairy Whipped Cream pula mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipped Cream. Selalu kita gunakan Dairy Whipped Cream ini untuk membuat cheesecake seperti contoh jenama Emborg, Arla, President dll.
D selalu dapatkan stok whipped topping/ whipped cream di Phoon Huat (Singapura) ataupun jika anda berada di Malaysia boleh ke Bake With Yen. Kalau di Singapura sekotak seperti gambar atas harganya dalam S$5.
Whipped topping anda kena simpan dalam peti sejuk, mangkuk mixer kalau boleh bersihkan dari air dan juga minyak sebelum menggunakan. Goncang cecair whipped topping supaya sebati dan tuang dalam mangkuk mixer dan pukul pada kelajuan tinggi nanti dia jadi magic terus gebu dan kembang. Ia akan naik tiga kali ganda jadi jangan tuang cecair tu banyak sangat nanti melimpah keluar dari mangkuk mixer pula.
Selalunya whipped topping/ whipped cream sudah ada perasa gula jadi apa yang perlu anda lakukan colek sikit rasa jika kemanisannya sesuai tak payah tambah gula lagi jika tak cukup boleh tambah gula halus dan pukul. AMARAN jangan terlebih pukul adunan kerana ada jenis whipped cream yang akan cair semula jadi cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat.
Lepas tu boleh ikut tips dari Mamimontel, simpan whipped topping yang telah dipukul selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat whipped cream yang lebih mantap. Tapi D selalu kalau nak menghias kek kalau dah pukul terus boleh gunakan. InsyaAllah ia mantap.
D harap kepada yang ingin mencuba menghias kek buat pertama kali boleh menggunakan whipped cream/ whipped topping untuk mendapatkan hasil kek yang diinginkan. Contoh gambar kek diatas adalah Chocolate Cake with Chocolate Fresh Cream and Blueberry Filling, buat ala macam Black Forest. Selamat mencuba…
Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂
ReplyDelete