Weekend ari tuh buat, nak share experience. Resepi asal dari Betty Saw – buku Petua Dari Dapur.
Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )
- KULIT
- 150g biskut digestive
- 90g mentega, dicairkan
- INTI
- 120g coklat gelap - suhu bilik
- 125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
- 500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
- 180g gula halus (castor sugar)
- 2 sudu teh parutan kulit oren
- Secubit garam
- 3 biji telur
- 1 sudu besar jus oren
Cara-cara
- Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
- Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
- Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
- Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
- Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
- Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
- Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
- Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).
- TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.
- TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)
- TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.
0 comments:
Post a Comment