NASI GORENG KUNYIT


Nasi_goreng_kunyit

ubah selera dengan nasi goreng kunyit... rasakan kelainannya... resepi sendiri...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 mangkok nasi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
  • 1/2 cawan sayur campuran
  • Segengam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis maggi (jika suka)
  • 1 sudu sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telor ayam
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air

Cara-cara

  • Tumbukkan bawang+bawang putih+cili hijau+udang kering
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan serbuk kunyit+sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi
  • Masuukan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup+ sayur campur+garam dan gaul rata
  • Setelah udang hidup masak, pecahkan telor dan kacau sebati
  • Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata

0 comments:

Post a Comment