SAGUMPAL



Bahan-bahan:

  • Secawan sagu
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu makan halba
  • gula secukup rasa
  • secubit garam

Inti (optional):

  • Kacang hijau
  • gula secukup rasa
Cara Membuat:
  • Basuh sagu dan rendam sehingga kembang.
  • Ambil sagu yang sudah kembang dan kukus sehingga separuh masak. Separuh masak bermakna, masih lagi kelihatan warna putih sagu bercampur dengan yang jernih. Kalau tak nak kukus, boleh juga direbus tapi gunalah sukatan air untuk secawan sagu sebanyak 1.5-2 cawan air. Sagu ni tak boleh terlalu lembik nanti susah nak gumpal (bulat-bulatkan)
  • Bila dah kukus sagu separuh masak, biar sejuk.

Untuk inti,
  • rendam kacang hijau secukupnya dan rebus - masukkan gula dan kacau hingga betul2 kering untuk memudahkan kita nak jadikan dia bulat-bulat.
  • Bila sagu dah sejuk, sapu sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya sagu tak melekat-lekat bila kita menggumpal sagu. Sagu digumpal kecil-kecil dan masukkan inti kacang kedalamnya dan tutup balik sagu tadi. Proses ini agak "tricky" sebab kalau sagu terlalu lembik, susah nak tutup, terlalu keras pun sama jugak dan inti akan terkeluar apabila kita memasaknya. Selalunya, saya tak buat inti ni, leceh lah :)Masukkan santan pekat ke dalam periuk (kalau nak campur santan with susu sejat pun okay jugak, jadi lebih berkrim), masukkan halba yang telah di cuci, sedikit garam dan gula secukup rasa (manis ni bergantung pada masing2), dan letakkan atas api sederhana. Bila gula dan hancur, masukkan sagu yang di gumpal tadi.
  • Masak hingga sagu masak sepenuhnya dan aroma halba semerbak di dapur anda!!!!
  • Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment