Siakap Umbai Tiga Rasa




Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 375 ml sos tomato
  • 250 ml sos cili
  • 125 ml sos tiram
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 20 gm nanas | didadu
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasaknya:

  • Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.

Info:

  • Waktu penyediaan : 10 minit
  • Waktu memasak : 15 minit
  • Keistimewaan : Masam, manis, pedas menyelerakan
  • Jenis penyediaan : Lauk Utama
  • Jenis masakan : Ikan goreng sambal
  • Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam
  • Cara Masakan: Goreng dan tumis

0 comments:

Post a Comment