SUP CENDAWAN BERSAMA KENTANG

No picture

simple jer

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 3 ulas bawang puith (hiris halus)
  • 3 biji cili padi (kalo xnak pedas 1 biji cukuplah)
  • 8 biji cendawan butang @ apa2 jer jenis cendawan (hiris)
  • 2 biji kentang (potong dadu) (kalo kentang besar sebiji pun cukup)
  • 3 sudu kecil sos tiram
  • 200 gram ayam (potong kiub)
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya

Cara-cara

  1. Mula2 panaskan minyak kemudia masukkan bwang dan cili yang sudah dihiris
  2. bila dah naik bau,masukkan pula ayam,bila ayam dah agak2 masak,masukkan air sedikit,kemudian masukkan sos tiram
  3. setelah itu masukkan kentang dan cendawan,tambah kan air lagi.ikut kesesuaian anda,nak banyak @ nak sikit,
  4. akhir sekali masukkan garam dan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn air,
  5. sedap dimakan bersama nasi @ roti bawang putih,sedap hingga menjilat jari


0 comments:

Post a Comment