Sup untuk kesihatan buah pinggang....dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak...
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1/2 ekor rangka ayam
- 1 batang lobak putih
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Halia
- 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Garam
Cara-cara
- Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
- Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
- Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
- Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
- Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
- Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
0 comments:
Post a Comment