Assam Pedas Belut

Dsc00589

Baru belajar buat assam pedas dengan 'nek ara' tersayang...


Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Belut 4 ekor (bersih dan toskan)
  • Bawang merah 6 ulas (kisar)
  • Bawang putih 2 ulas (kisar)
  • Lengkuas 2 inci (kisar)
  • Lada kering (kisar) p/s:tp untuk kali nih lela guna serbuk lada baba's, bancuh dgn air
  • Serbuk kuniyt 1 sudu kecik (campur bersama bhn kisar)
  • Lada hitam (kisar)
  • 1 sudu halba
  • Air asam jawa @ asam keping-lela guna asam keping
  • Air
  • Garam dan msg
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Baby cucumber @ timun kecik (potong serong)

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar sehingga garing
  • Bila agak garing masukkan halba dan tumiskan sekejap kemudian masukkan air asam jawa.
  • Bila mendidih masukkan sedikit air kemudian masukkan belut tadi diikuti dengan garam & msg
  • Bila lauk hampir masak, masukkan baby cucumber, daun kesum dan bunga kantan bagi membangkitkan bau dan rasa
  • Siap untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment