bau harum cheesecake ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)
Bahan-bahan ( 18x18 cm )
- 210g cream cheese
- 45g butter
- 60g gula halus
- 3 biji telur kuning
- 6 sudu besar fresh cream/whipping cream
- 6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
- 2 sudu kecil instant coffee
- *75g butter-dicairkan
- *3 sudu besar coconut flake
- *150g biskut
Cara-cara
- Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
- Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
- Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
- Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
- Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.
- NOTE: utk dapat rasa yg sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan. Telur putih yg tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna utk resipi Peanut almond stick
0 comments:
Post a Comment