Onion Ring

gOnion-ring

Bawang goreng dengan tepung. Rangup dimakan ketika panas-panas.


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 1 biji bawang besar
  • 75g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung jagung/ tepung kanji
  • 1/2 sudu kecil garam dan gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal.
  • Campur semua bahan-bahan dari tepung sehingga 2 sb minyak masak.
  • Panaskan minyak
  • Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.

0 comments:

Post a Comment