27 December 2010

BENGKANG LABU


Sumber : Rossitamz


Bahan - bahannya :

  • 2 cawan labu manis yang telah direbus dan dilecek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 camca besar tepung kastad
  • 1 cawan gula halus
  • 5 biji telur - zanie letak 3 biji telor aje tu pn dh terasa lemaknya..hehe..
  • 2 cawan air
  • 1 ½ cawan santan pekat - zanie guna 1 peket serbuk santan + 1 1/4 cawan air
  • 1 camca kecil garam
  • 1 camca teh esen vanilla

Cara - caranya :

  1. Panaskan oven. Griskan loyang dengan marjerin.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk besar. Kacau dan sebatikan hingga rata. Tapiskan.
  3. Campurkan labu ke dalam adunan dan kacau rata.
  4. Panaskan loyang di dalam oven sekejap - dalam 1 minit.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan ke dalam loyang perlahan2.
  6. Bakar di dalam oven selama 45 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada loyang untuk dipotong.


****utk peringatan diri ku sendiri :-
sukatan cawan : guna cawan kecil warna coklat

2 comments:

  1. Wah sedapnya bingka.. Mak Nur suka sangat bingka ni..

    ReplyDelete
  2. kali pertama akak buat nie..alhamdulillah..x menghampakan ,akak buat 1/2 adunan je tu nur..besar gak jadinya....cukup la utk akak berdua..ngeh3

    ReplyDelete