BISKUT COMOT COKLAT

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla
  • cooking chocolate
  • sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Cara:
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati
  • Masukkan telur dan kacau rata.
  • Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
  • Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
  • Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan
  • Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
  • Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
  • Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
  • Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup
Tambahan:
  • Biskut ini memang rupanya comot tapi rasanya....tak tau nak cakap sedap...klu nak rase cuba le try buat...semoga berjaya

0 comments:

Post a Comment