BISKUT BUAH ROTAN

Bahan-Bahan:
  • 1 kampit tepung pulut
  • 1 biji kelapa (santan pekat)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ayam
  • 1 mangkuk becil bijan
Cara:

  • Masak santan pekat pada api yang sederhana. Masukkan bahan gula dan garam.Kacau santan tersebut jangan sampai berminyak.Kemudian sejukkan hingga suam-suam kuku.
  • Tepung pulut di gaul bersama 1 biji telur.
  • Kemudian masukkan santan yang telah suam. Gaul hingga menjadi doh agak-agak lembut.
  • Bulat-bulatkan kecil doh tersebut.
  • Kemudian golekkan dengan bijan. Sekiranya doh terbiar lama dan bijan tidak melekat, renjiskan bijan tersebut dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak (jangan terlalu panas) dan goreng.Goreng hingga kuning keemasan
Tambahan:
  • Cubalah...Memang sedap untuk dijamu masa hari raya atau dijadikan makan ringan harian.

0 comments:

Post a Comment