03 April 2008

CARAMEL MOUSSE


Muusu

1st time buat.. rupa kurang gebu, tapi rasanya best!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji telur putih
  • 120ml fresh milk
  • 120ml fresh cream
  • 10g gula halus
  • Karamel
  • - 50g gula
  • -1 sudu besar air
  • 5g gelatin

Cara-cara

  1. Sediakan karamel- masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Tutupkan api.
  2. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Tutupkan api dan masukkan semua karamel tadi.
  3. Dalam bekas lain campurkan gelatin dgn 1 sudu besar air dan kacau.
  4. Kemudian masukkan gelatin tadi ke dalam susu. Kacau sehingga gelatin cair.
  5. Alaskan mangkuk susu tadi dengan air yg mengandungi ketulan ais. Kacau sehingga pekat.
  6. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream sehingga pekat. Masukkan 1/2 fresh cream ke dlm susu tadi. Kacau dengan perlahan-lahan. Kemudian masukkan yg selebihnya. Kacau lagi.
  7. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih sehingga bila diangkat akan terbentuk seolah-olah bentuk tanduk.
  8. Masukkan 1/2 telur putih ke dalam campuran fresh cream dan susu tadi. Kacau dgn perlahan. Kemudian masukkan yg selebihnya. Kacau lagi dgn perlahan.. jgn sampai hilang buih..
  9. Masukkan ke dalam bekas yg sesuai. Simpan dalam peti ais lebih kurang 40 minit.

No comments:

Post a Comment