MISO SHIRU { PES KACANG SOYA }


Photo-0034

ina@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 periuk sederhana )

  • 2 sudu besar Miso paste (boleh digantikan dengan tauchu yg dilumatkan)
  • 1 paket dashi (stok ikan & sayuran)
  • tahu kering
  • wakame (rumpai laut lembut)
  • bahan2 lain yang disukai seperti tahu lembut, udang, kupah dan adik beradiknya, isi ikan, bawang, lobak putih (apa2 sahaja. selalunya hanya sayuran dan makanan laut)

Cara-cara

  1. Photo-00261
    Didihkan dashi ke dalam satu periuk air.
  2. Photo-0031
    Masukkan tahu kering yang dihiris dan bahan2 lain yang disukai
  3. Photo-0027
    Biarkan api yang kecil, renihkan sup di dalam periuk itu. Letak miso pes ke dalam penapis kecil dan kacau2 di dalam periuk tadi. Ini untuk membuang hampas2 kacang soya tadi. Jangan didihkan airnya kerana ini akan merubah rasa miso tersebut.
  4. Photo-0024
    Akhir sekali, masukkan wakame kering dan tutup api. Wakame akan mengembang di dalam air panas tersebut.

0 comments:

Post a Comment