Sotong goreng dengan lobak merah. Pilihan untuk kanak-kanak yang tidak suka sayur
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1 ekor sotong saiz besar
- 1/3 batang lobak merah- diparut
- 1/2 cawan tepung
- 1/2 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- minyak untuk menggoreng
- sedikit air
Cara-cara
- Bersih sotong. Potong kecik-kecik. Ikut sukalah. Lepas tu keringkan untuk mengelakkan meletup semasa menggoreng.
- Bancuh adunan dengan bahan-bahan lain. Biar jadi macam tepung goreng pisang
- Goreng dalam minyak penuh sehingga keperangan.
0 comments:
Post a Comment