Sup Sempoi


Dsc04659

Sup ni untuk orang malas tapi lapar



Bahan-bahan ( Untuk 2-3 orang )

  • 1 batang carrot di potong dadu
  • 1 batang lobak putih dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 2 cawan pasta (saya guna jenis fusilli)
  • satu kiub ayam
  • sedikit cengkih,kayu manis, jintan untuk menumis
  • 3 sudu minyak zaitun
  • segenggam daun ketumbar di hiris halus
  • 4-5 cawan air
  • 4 sudu besar tomato paste

Cara-cara

  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang, cengkih, kayu manis, jintan
  2. Setelah naik bau, masukkan air, tomato paste, dan kiub ayam
  3. Masukkan kentang. Masukkan carot dan lobak putih selepas kentang separuh masak
  4. Setelah mendidih masukkan pasta. Tambahkan garam secukup rasa, dan sup siap setelah pasta lembut (check masa memasak pasta kat plastic pembalut..fusilli lebih kurang 11 minit)
  5. Masukkan daun ketumbar dan sup siap untuk dimakan. Kalau tak suka daun ketumbar, boleh gantikan daun sup.

0 comments:

Post a Comment