SUP TULANG AIDILADHA


Pc220169

ehehe...tulang hari raya korban ari tu...apalagi tulang jadi korban ler :D



Bahan-bahan ( 1 family )

  • 3 kg tulang lembu
  • 1 1/2 biji bawang besar *
  • 1 labu bawang putih*
  • 3 inci halia*
  • * BAHAN KISAR
  • rempah tumis
  • 2 cawan rempah sup - saya guna rempah yg timbang untuk 3kg tulang
  • 3 jag air
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • garam dan pak aji secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan

Cara-cara

  1. panaskan minyak di dlm periuk, tumis rempah tumis dan bahan kisar sehingga naik bau dan setelah mesra masukkan rempah sup.
  2. masak sehingga garing sedikit dan masukkan air dan tulang ke dalam periuk dan masak sehingga 2 1/2 jam hingga 3 jam- jikalau kering tambah air ikut suka
  3. akhir sekali masukkan serbuk lada putih, garam dan pak aji secukup rasa dan masak sehingga siap
  4. hiaskan dengan saun sup dan bawabg goreng, sedia untuk dihidang
  5. almaklumlah cara penyediaannya mengambil masa pasal x de presure cooker...huhuhu....


0 comments:

Post a Comment