03 April 2008

SUP TULANG RAWAN



BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm minyak sapi
  • 300 gm tulang rawan | dipotong kiub besar
  • dan direbus
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 30 gm daun sup
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu makan rempah sup
  • 100 gm kentang
  • 100 gm lobak merah
  • 750 ml air
  • 30 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:

  • Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan yang telah dihiris halus. Tumis sehingga berbau harum.
  • Kemudian masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  • Masukkan daun pandan dan rempah sup yang dicampurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga rempah garing.
  • Kemudian masukkan tulang rawan yang telah direbus. Gaulkan hingga rata.
  • Masukkan air, kentang dan lobak merah.
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga kentang dan lobak merah menjadi empuk.
  • Setelah sup masak, taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
  • Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment