kEK BUAH-BUAHAN

Kbuah

resepi mak i ni, rasa ala2 kek buah cosway gitu, cubalah

Bahan-bahan ( ramai boleh makan )

  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan air sejuk
  • 2 cawan magerin /mentega
  • 400g buah-buahan campuran
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  • gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan (ada sebahagian buah timbul). tutup api dan biarkan sejuk
  • tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
  • pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
  • masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
  • bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius

0 comments:

Post a Comment