SARDINE ROLL

Sardine_roll

Resipi idea sendiri masa belajar dulu-dulu.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • *2 ulas bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *2-3 biji cili padi (Boleh tambah jika suka pedas)
  • *1/4 inch halia (Kesemua bahan * di blend kering)
  • 1/2 kiub pati bilis
  • 1 tin kecil sardine
  • 8-10 keping roti
  • ** 2 biji telur ayam
  • ** 1 sudu makan tepung gandum (bertujuan untuk mengurangkan roti menyerap minyak sewaktu menggoreng)
  • ** garam secukup rasa (bahan** diblend sekejap hingga sebati)
  • Minyak untuk menggoreng (tenggelam)

Cara-cara

  • Tumis bahan * dan kiub pati bilis hingga terbit bau
  • Masukkan sardine dan kacau rata sambil dihancurkan isinya.Boleh tutup api apabila agak-agak sardine sudah masak.Saya tak tambah garam sebab bagi saya kiub tadi sudah cukup rasa tapi bagi yang suka masin boleh tambah sedikit garam.Ketepikan
  • Roti digelek satu persatu dengan kayu penggelek. (Macam nak leperkan doh karipap tu-he he he tak tau nama apa penggelek tu)
  • masukkan isi sardine tadi dan gulung hingga habis.Ketepikan
  • Sementara itu panaskan minyak di kuali.
  • Celupkan roti berinti tadi ke dalam adunan ** dan digoreng seketika hingga kekuningan.Api jangan terlalu kecil supaya sardine roll tidak menyerap terlalu banyak minyak.
  • Tos dan sedia di hidang

0 comments:

Post a Comment