Udang Masak Lemak Nenas

Sumber: Mamasya

Manakala udang masak lemak nenas ini dimasak minggu lepas guna resepi sama dgn ketam cuma kali ni udang dimasak 1/2 kg sahaja. Anak2 mmg tak mkn udang, jadi mama dan abah yg perabihkan.....



Bahan


  • 1/2 kg udang
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci kunyit hidup
  • *4 biji bawang merah
  • * 2 sudu besar cili kering yg diblended
  • *1 inci halia
  • 1 btg serai diketok
  • 1/2 biji nenas/ 1 tin nenas dlm tin
  • 1 pkt santan
  • garam (ikut rasa),asam keping sekeping
Cara-cara
  • Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
  • Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
  • Masukkan udang, asam keping, garam.
  • Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas . kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.

0 comments:

Post a Comment