Ala-ala kerabu tapi javanese (jawa) style
Bahan-bahan ( 4-5 org )
- Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
- Sedikit taugeh dibuang ekor
- 2 sudu besar lada boh
- * 3 biji bawang merah
- * 2 ulas bawang putih
- * 1 inci kunyit
- * 6-8 cekur (ikut saiz)
- * 1 sudu besar udang kering direndam
- * 7-8 biji cili padi
- 2-3 helai daun cekur dihiris halus
- 100 gm kelapa parut
- 2 susu besar air asam jawa
- garam, gula n perasa ikut suka
Cara-cara
- Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
- Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
- Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap....
- Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.
0 comments:
Post a Comment