Sumber: Sweetbobo's
Bahannya
- 1 cawan Serbuk Koko
- 1 cawan Gula Castor
- 1 cawan Susu Cair
- 1 cawan minyak masak @ guna mentega, dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum @guna tepung kek
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1 sudu teh Ovalette
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- kukus guna acuan kecil pun sedap dan cepat!!!
Caranya:
- Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
- Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.
- Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.
- Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja.
- Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil (saya gunakan napkin - because i’m more confident with napkin….of course make sure yg bersih ya….)….utk 2 bekas kecil ini (anggaran ukuran 5 in x 4 in) saya kukus selama 45 minit sahaja dengan api yg sederhana (tidak besar atau terlalu kecil). Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.
0 comments:
Post a Comment