Sambal Kacang Berdaging




Bahan-bahan:


  • Daging di hiris nipis - jangan terlalu besar.
  • 4 cawan kacang tanah - di sangai dan di tumbuk kasar
  • 3 batang serai - di titik
  • 1 1/2 cawan santan pekat - optional
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan hitam
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • Cili kering - bersihkan dan di rendam
  • Gula Melaka
  • Asam jawa - ambil airnya
  • Garam
  • Minyak untuk menumis


Cara Memasak:

  • Sangai rempah jintan dan ketumbar dan di tumbuk kasar sebelum di masukkan ke dalam blender bersama2 bawang, halia, lengkuas dan cili kering. Blend hingga lumat.
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan2 yang di blend, masukkan serai yang dititik dan tumis hingga pecah minyak. Apabila pecah minyakm masukkan gula melaka, kacau hingga gula melaka hancur dan rempah "caramelised" bersama2 gula melaka.
  • Masukkan daging dan tumis hingga daging kering airnya. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar. Masukkan kacang yang di tumbuk kasar. Kacau sentiasa lebih kurang 10 minit. Masukkan santan pekat dan kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan garam dan tunggu hingga kuah pekat. Hidang bersama nasi impit.
  • Kalau tak suka santan, boleh di masukkan air sedikit demi sedikit hingga pecah minyak.

0 comments:

Post a Comment