KEK LAPIS MANGGA






Terdapat pelbagai kek-kek lapis yg berperisakan buah-buahan seperti durian, cempedak, pisang, oren, strawberry dan lain2. Saya telah mencuba membuat Kek Lapis Mangga yg mana resipinya telah ada dalam simpanan saya sejak bertahun2 lamanya tapi tak pernah mencuba. Resipi ini yg saya petik dari sebuah majalah, telah saya buat sedikit olahan. Walaupun kek ini tidak berapa lemak sebagaimana kek2 lapis biasa, namun hasilnya tidak mengecewakan. Berikut adalah resipinya:


Bahan-Bahan :

  • 12 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 230 gm mentega
  • 180 gm gula halus
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen mangga
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan puree mangga
  • sedikit pewarna kuning

Cara:

  • Mentega, esen mangga dan susu pekat dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur dgn baking powder hingga pekat sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga pekat.
  • Campurkan adunan mentega, puree mangga, pewarna kuning dan adunan telur lalu dikacau rata. Akhir sekali, masukkan tepung Hong Kong dan kacau rata sekali lagi. Bakar selapis-selapis dgn api grill (suhu 200 – 220 C) sehingga selesai.

0 comments:

Post a Comment