KUIH LAPIS ROZZAN

Bahan-Bahannya:-
  • 1280 ml santan (mat guna 500 ml santan kotak + 780 ml air)
  • 340 g gula pasir
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 helai daun pandan, disiat dan simpul
  • 250 g tepung beras
  • 60 g tepung ubi (sagu ubi)
  • 40 g tepung Hoon Kue (tanpa warna)
  • Sedikit pewarna biru, merah dan kuning (atau warna kegemaran masing2)

Cara membuatnya:-

  • Satukan santan, gula pasir, garam dan daun pandan dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga gula hancur dan santan suam. Sejukkan.
  • Satukan semua jenis tepung dalam satu bekas, gaul rata. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan tadi.
  • Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Bancuhkan warna pada setiap bahagian dan 1 bahagian biar pada warna asal (putih). Kemudian bagi 2 lagi setiap bahagian tadi, biar sama banyak.
  • Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan sedikit minyak. Panaskan tin 5 minit dalam kukusan. Tuang 1 bahagian biru dalam tin dan kukus 5 minit. Kemudian 1 bahagian merah dan kukus 5 minit, 1 bahagian kuning dan kukus 5 minit dan 1 bahagian putih dan kukus 5 minit juga.
  • Buat proses yang sama untuk lapisan berikutnya (untuk lapisan ke-5 dan seterusnya kukus 7 minit). Untuk lapisan terakhir, kukus kuih 10 minit. Angkat dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...
PETUA:-
  • Untuk mengelakkan air menitis atas kuih, mat bungkus tutup kukus dengan kitchen towel....Gunakan api sederhana semasa mengukus..Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment