TIPS MENGHASILKAN ROTI YANG LEMBUT DAN TIDAK KERING



Pertanyaan dari Saudari Afai dan Adna. D berikan cara D menghasilkan roti yang lembut dan tidak kering.

Jika anda ingin menghasilkan roti yang lembut, buat permulaan D rekomen cuba resipi Soft Butter Bun Chanel. Resipi ini D dah mencubanya banyak kali dah tak terkira.

Pada pendapat D, ini hasil dari selalu D memporak perandakan resipi asal dari penyumbang asal. Maaf ye kawan-kawan yang telah menyumbang resipi. Jika D menggunakan 100% tepung roti, D tak berapa suka kerana rasanya agak kenyal dan macam Afai dan Adna cakap nanti ia kering. Jadi D suka campurkan tepung kek/ tepung superfine. Kalau di Singapura gunakan Prima Cake Flour (Tepung Kek), di Malaysia boleh beli Tepung Superfine Bluekey.

1) Penggunaan campuran Tepung Roti dan Tepung Superfine

Kalau anda perhatikan resipi Soft Butter Bun Chanel, ia menggunakan campuran Tepung Roti dan juga Tepung Superfine. Alhamdullilah resipi ini menghasilkann roti yang gebu dan juga lembut. Selain itu D juga suka menggantikan mentega dan menggunakan shortening.

2) Menggunakan 100% shortening


D buat rujukkan resipi Basic Bread Recipe sumbangan Saudari Roshayati Johari http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/mixed-vegetable-breads-dan-sardine.html. Resipi ini D telah banyak kali menggunakan untuk menghasilkan Mixed Vegetable Bread, Sardin Buns, Red Bean Stollen, Hotdog Buns, ehh macam-macam boleh buat gunakan resipi ini. Terima kasih Roshyati sudi berkongsi top class resipi dengan D dahulu.

Bila anda perhatikan resipi tersebut, D telah menggunakan 80 gram shortening. Maaf ya Roshayati (penyumbang asal resipi). Resipi asal menggunakan 40 gram mentega dan 40 gram shortening. Bila D tanyakan dengan Roshayati dahulu beliau kata boleh gunakan 100% mentega atau 100% shortening ataupun guna 40 gram mentega dan 40 gram shortening.

D akui, ada kelainan sikit dari segi teksture bila D menggunakan shortening bila membuat roti. Sejauh ini D jarang menggunakan bread improver ataupun bread softerner, kerana dengan resipi yang telah D olah sedikit ia dapat hasilkan roti yang memang lembut macam kat kedai roti.

3) Teknik membakar roti


Bila kita membakar roti, kalau boleh gunakan suhu yang sederhana. Suhu ketuhar yang terlalu tinggi mungkin akan menghasilkan permukaan roti yang agak keras berbanding dengan roti yang kita bakar secara sempurna. Kalau anda mempunyai bread machine, anda boleh bayangkan bread machine itu mengambil masa 45 minit - 1 jam untuk membakar sebuku roti. Dan sudah pasti suhu yang digunakan pun sederhana rendah untuk mendapatkan permukaan roti yang menawan. Jadi gunakan suhu 160 – 180 darjah C untuk membakar roti anda.

Setelah roti naik, D akan sapukan dengan bancuhan telur (1 biji telur + 1 sudu besar susu segar). Bancuhan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar dapat menghasilkan permukaan roti yang menawan. Setengah masa waktu membakar D akan keluarkan roti dan sapukan lagi dengan bancuhan telur. Dan sambung waktu membakar roti sehingga ia sempurna dibakar.

4) Roti yang baru keluar oven – Apa perlu anda buat?

Bila roti keluar dari oven, D terus sapu dengan mentega permukaan roti. Selain dari permukaan yang menawan dan kilat ia juga dapat mengekang moisture didalam roti dan hasilnya roti tidak akan kering.

5) Jika anda ingin menyimpan roti anda. Boleh anda tutup roti anda dengan tuala supaya ia tidak mudah kering, ataupun cara yang paling bersih simpan dalam Tupperware. InsyaAllah roti tidak akan kering dan sentiasa lembut.

Pernah tak kita cuba beli satu buku roti. Roti tersebut pasti mempunyai tarikh dimana ia dihasilkan dan tarikh expire. Roti tersebut didalam bungkusan plastic bukan. Dan semakin hari kalau kita tidak makan roti tersebut bila kita pegang teksturenya pun agak kering sedikit berbanding sewaktu kita baru membelinya.

Sejauh ini dua resipi diatas bila D cuba dan simpan roti selama 2 hari didalam oven yang pintunya tertutup, ia masih kekal tahap kelembapan dan juga kelembutannya. Cubalah nanti anda dapat bezakan hasilnya.

1 comments:

Anonymous said...

Utk permukaan roti yg menawan sapu bancuhan telor dgn susu segar.kalau susu segar diganti dgn susu cair bleh tak?

Post a Comment