Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )
- 4 biji Telur
- 125g Gula Kastor
- 1/2 sb Ovalet
- 190g Tepung Superfine
- 220g Butter
- 2 sb Susu Pekat
- 1 st Esen Vanilla
Cara-cara
- Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
- Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
- Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
- Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.