KEK KUKUS GULA HANGUS

nape kek ku jadi begini ya.!! inilah kesan dari dapur kehabisan gas..baru 15 minit duk dalam..gas pn kadam alai'ie..!!!!! uwaaa...lihatlah permukaan kek yg mcm bulan gerhana tu..air dah duk atas. apapn kek ni tetap yummy, tak sampai 1/2 jam, liciiin...!!! kihkih..

ANEKA BISKUT RAYA




Inilah sebahagian dari cookies homemade zanie utk persediaan menyambut syawal yg bakal menjelma nanti. uih..perasan plak ku ini....wakaka...

BISKUT BANTAL PELUK SALOMA



Bahan-bahannya :
  • 200 grm mentega lembut
  • 100 grm gula halus / aising
  • 1 s/k esen vanilla
  • 1 biji telur - di pukul sekejap
  • 50 grm tepung jagung - ayak
  • 300-400 grm tepung gandum - ayak
  • 1 biji kuning telur - utk sapu pada biskut
  • secukup kurma - buang biji belah dua
Cara-caranya :

1. Mentega dan gula digaul sebati. Masuk telur, esen vanilla gaul lagi hingga sebati.

2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul rata. Masukkan pula 300 grm tepung gandum, uli sebati. Tambah lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit jika adunan nasih lembik sambil diuli hingga doh yg lembut ( boleh dikepal ).

3. Canai agak nipis doh, potong persegi panjang. Bubuh korma dan gulung kemas2. Atur dalam dulang, sapu kuning telur diatas cookies tadi dan bakar 150c selama 15 - 20 minit / hingga keperangan.

KEK LAPIS HAW FLAKES


Kek lapis yang semestinya digemari ramai walaupun agak rumit untuk membuatnya namun kepuasan jelas terbayang bilamana apa yang kita inginkan menjadi.. lihatlah hasil air tangan ku ini. inilah kek kedua yang ku buat dan sudah pun mendapat tempahan dari rakan2 dan kenalan..terima kasih atas sokongan kalian semua

BISKUT COKLAT RANGUP

Resepi : Riezanie Collections

Bahan-bahannya :
  • 400 grm mentega
  • 400 grm tepung gandum.
  • 100 grm tepung top
  • 200 grm gula caster
  • 50 grm cocoa powder
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan hiasan :
  • 1 biji kuning telur
  • manik bentuk bintang sebagai hiasan
Cara membuatnya :

1. Putar mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan putih telur dan putar lagi. Masuk pula esen vanilla.

2. Ayak bersatu tepung gandum, tepung top dan cocoa powder. Masukkan sedikit2 tepung tadi kedalam mentega hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dicanai.

3. Canai dan terap ikut kesukaan masing2. sesudah itu sapukan kuning telur diatas biskut tadi.

4. Hias dengan manik bentuk bintang. Panaskan oven 150 c dan bakar hingga masak

TART NANAS DAHLIA


Resepi : Riezanie Collection

Bahan untuk membuat jem nanas :
  • 1 biji nanas
  • 1 cawan gula pasir
  • sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Cara-caranya :

1. Bersihkan nanas, kisar / parut hingga halus.

2. Masak atas api biar agak kering baru masukkan gula pasir.

3. Masukkan juga rempah biji tadi kedalam nanas. kacau selalu agar jem tidak hangus dgn api yg agak perlahan.

4. Bila jem agak terasa berat bila dikacau bolehlah diangkat. biarkan sejuk kerana dia akan mengental dengan sendirinya.

5. Sedia digunakan untuk biskut tart nanas dahlia.

6. Bahan adunan untuk cookies pula zanie cuma gunakan resepi biskut tart biasa.

7. Buatlah corak biskut seperti gambar diatas dengan menggunakan acuan bunga dahlia

8. Pamkan adunan atas dulang dan buboh jem nanas diatasnya. Bakar hingga masak.

BISKUT LAPIS SEMPERIT


Resepi : Hanieliza
  • 280 grm butter
  • 130 grm gula caster
  • 270 grm tepung ros / tepung biskut ( zanie guna tepung gandum )
  • 140 grm tepung jagung
  • 1 s/k coklat emulco
  • manik warna warni kecil ( zanie guna gula warna )
  • coklat cair sebagai hiasan ( zanie tak guna )
Cara-caranya :

1. Gaul butter dan gula sebati.

2. Tepung gandum dan tepung jagung di ayak bersama.

3. Masukkan sedikit-sedikit sambil diuli.Bahagi kepada 2 bahagian.

4. 1 bahagian dicampur coklat emulco dan 1 lagi biarkan adunan asal.

5. Isi adunan coklat dalam acuan semperit dan pamkan dalam loyang anggaran 2 inc panjang.

6. lepas tu pamkan pula adunan asal keatas adunan warna coklat tadi.

7. Hias ikut kesukaan. Zanie guna yang ada dalam simpanan saja. lepas tu bakar dalam oven selama 12 - 15 minit terpulang pada oven memasing.

BISKUT JEJARI OAT

Resepi : Hanieliza

Bahan-bahannya :
  • 250 grm oat
  • 430 grm tepung gandum
  • 230 gram gula caster
  • 11/2 sudu makan cocoa powder
  • 200 grm minyak sapi Ghee
  • 125 grm mentega
  • susu tepung secukup utk salut.
Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati dan lembut.

2. Ambil adunan terap ikut acuan kesukaan. Bakar dalam oven 160c hingga masak.

3. Biarkan ia betul-betul sejuk baru salut dengan susu tepung tadi.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT TART NANAS


Resepi : Riezanie collections

Bahan-bahannya :
  • 250 grm mentega. zanie guna buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu makan susu pekat
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil gula castor.
  • tepung gandum secukup lembut adunan.
Cara-caranya :

1. Pukul mentega hingga kembang. Masuk kuning telur kacau rata.

2. Masukkan pula gula dan garam, kacau lagi biar rata.

3.Masuk tepung sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Canai doh dan terap ikut kesukaan masing-masing.

5. Bubuh inti diatasnya. panaskan oven terlebih dahulu.Bakar biskut hingga masak kekuningan

BISKUT MAZOLA


Resepi : riezanie collection

Bahan-bahannya :
  • 1 mangkuk peanut butter
  • 1 mangkuk gula castor
  • 11/2 mangkuk tepung gandum
  • minyak mazola secukup untuk menguli
  • 1 biji kuning telur untuk disapu atas biskut
Cara-caranya :

1. Satukan peanut butter, gula dan tepung gandum.

2. Gaul biar rata. Tuang sedikit-sedikit minyak, uli sampai menjadi doh yang lembut.

3. Terap mengikut kesukaan masing-masing. sapu kuning telur pada biskut tadi.

4. Panaskan oven terlebih dahulu. bakar hingga biskut bertukar kekuningan.

BISKUT CORNFLAKES MADU


Resepi : Riezanie collections

Bahan-bahannya :
  • 200 grm cornflakes
  • 250 grm mentega
  • 2 sudu besar madu
  • 150 grm gula castor
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • ceri hijau merah sebagai hiasan
  • pepper cup secukupnya
cara membuatnya :

1. Mentega, gula dan madu dimasak atas api hingga cair.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cornflakes dan ceri merah juga hijau.

3. Kacau cepat-cepat, angkat dari dapur dan sudukan dalam pepper cup.

4. Bakar dalam oven selama 15 - 20 minit / hingga warna kuning emas.

5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

KEK LAPIS LAGI

Diorder oleh my personal doctor " doc mumarzaini "

kek lapis lagik.!! uwakaka... inilah kek lapis asam manis antara kek lapis yg customer zanie order utk hari raya. antara bahan campurannya adalah buttercup, marie cookies powder, haw flakes, horlick dll.
Resepi dari Bro Rozzan la...mana lagi. tengkiu bro..cayalah resepi2 bro ni memang cedap-cedap belaka tau.LAYAAAAN.!!!

MEE KARI

Ini menu 1st posa tapi tak sempat nak update. mee kari ni very mabeles. best sensangat tau..tak caya tanya ibu jari tu, yg dlm gambo yg agak blurr tuu...hikhik....

KEK LAPIS OREN STRAWBERRY

kek lapis ni sensangatlah sedapnya cuma lapisannya tak berapa cantik so.. layan mata aja lerrr...

CHEESE TART 2

Dsc02418_1_

Kak Ton@myresipi.com

Bahan-bahan ( 30 biji tart )

BAHAN UNTUK SUGAR DOUGH/PASTRY
  • 250g tepung gandum
  • 165g mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh lemon paste
  • 1/2 biji telur (pukul telur sedikit dan ambil 1/2 je)
  • 65g gula kastor
GUNA ADUNAN DARI RESEPI AMERICAN CHEESE CAKE ATAU MANA2 RESEPI CHEESE CAKE UNTUK INTI CHEESE TART INI)

Cara-cara

  1. Griskan acuan tart.
  2. Pukul mentega, gula, esen vanila dan lemon paste hingga kembang
  3. Masukkan telor, pukul lagi
  4. Masukkan tepung, gaul dgn tangan... kalau rasa macam lembik, tambah tepung gandum sikit2. Gaul sampai jadi macam adunan biskut.
  5. Dsc02412_1_
    Ambil sedikit doh yg dah siap, ratakan dlm acuan pastry. tebal lebih kurang 1 cm
  6. Isikan inti dari adunan american cheese cake. Penuh pun tak pe.
  7. Untuk buat corak2 tu... ambik sikit adunan cheese cake tu, bancuh dgn sedikit choc emulco. Kemudian pipe kan garis-garis atas adunan yg telah dituang tadi dan lorekkan dgn lidi
  8. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.

TART NANAS SEMPOI

Img_0898

Jue Hussin@myresipi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 300gm butter / majerin
  • 2 biji kuning telur
  • 370gm tepung gandum
  • 40gm tepung kastad
  • 30gm susu tepung (susu anak pun boleh)
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. pukul mentega sampai agak lembut, masukkan telur
  2. Masukkan tepung gandung, tepung kastad, susu tepung & uli hingga menjadi doh
  3. Canai & terap dengan acuan yg disukai. Boleh jugak dijadikan tart gulung
  4. Bakar selama 15 minit @ hingga masak
  5. Acuan
    Ni acuan yang digunakan... sebelum tercabut tangkainya
  6. Acuan
    ni plak setelah tercabut tangkainya... hehehe

PROJEK MARUKU

Jengjengjeng....ini adalah antara projek maruku ku sepanjang bulan posa yg telah melangkah ke 4 thn usianya. gambo maruku yg dah siap dipacking utk dibawa ke hostel anak ku di SMTA ( maahad pontian ) gambo belakang yg blur tu kek lapis haw flakes yg dah siap dipacking gak. layan mata dulu yaa..resepi nanti kendian zanie bagi..kehkehkeh

MUFFIN COKLAT ZANIE

Nak makan muffin la pulok. jengjengjeng...inilah muffin coklat yg zanie buat beberapa hari yg lalu. comei - comei macam aku jugak. nak layan tekak punya hal.ngehngeh..

NASI KERABU

Nasi kerabu nie zanie buat dh lama tapi tak dapat nak update soo.. arini zanie paste laa... kuah sambal budu tuuu , ooohhh.!! very-very sedap. layan mata aek...resepi tarak. LAYAAANNNN.!!

PUDING ROTI COKLAT RICE


Ini pulak menu buka posa isnin lepas. no comment..tapi memang very mabeles gitu. Layan mata jer laa ya, kemalasan utk menaip resepi ini ditahap gaban. kahkah...

KEK LAPIS ASAM MANIS

Posa2 teringin plak nak makan kek..apa lagi melapis la..Resepi ni zanie ambil dari umah Bro Rozzan. tengkiu Bro...memang mabeles... tak caya.!! cobalaaa..ini juga diantara kek yg diorder customer. hikhik..

KARIPAP KENTANG


Ini my karipap kentang..hikhik..banyak jerawat batu ko..apapn memang sodap. my HB memang suka makan karipap ni

POPIA ISI BEEHUN

Popia ni saja zanie isi beehun sbb ada lebihan beehun goreng. nak tau rasanya cubalah. cara goreng beehun macam biasa...

NASI TOMATO

Haa..nie ler nasi tomato yg zanie masak, sedap dimakan dgn lauk ayam masak merah.. tak sempat nak pakaikan mekup lagi dah kena posing tapi gambo blur sikit laa..sorry..hihihi...

AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah ni zanie masak utk anak balik hostel. memang sedap rasanya, makan dgn nasi tomato. my HB kata sedap la YANG.!! hikhik..anak2 pn suka. tak rugi masak kalau ada yg menghargainya..

Disini zanie nak berkongsi resepi ;

Untuk bahan - bahannya :
  • 1 ekor ayam potong2 ikut suka
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 50 sen cili kering
  • 2" halia
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 botol kecil cili sos
  • beberapa helai daun pandan
  • 3 batang serai dititik
  • 1 s. k. kunyit serbuk
  • garam dan gula secukup manis dan masin
Cara-caranya :

1.Ayam dipotong ikut suka. cuci bersih dan toskan airnya. ambil serbuk kunyit lumur pada ayam tadi rata-rata.

2. Goreng separuh masak.Ketepikan.

3. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia.

4. Tumis bahan2 kisar tadi biar sampai agak kering sedikit dan naik minyak serta naik bau wanginya. kemudian masukkan tomato puri, cili sos, daun pandan yg telah disiat2
dan disimpul juga serai yg telah dititik, kacau sekali sekala.

5. Masuk pula gula dan garam biar mendidih seketika, barulah masukkan ayam yg digoreng tadi.

6. Kacau rata, kalau suka ayam ni berkuah jangan terlalu lama didihkan nanti kuah ayam akan kering. Rasalah masam manis dan masinnya.

7. Sedia utk dihidang bersama nasi tomato.

Selamat mencuba resepi dari zanie

KUIH ABUK - ABUK ZANIE

Haa..yg ni plak kuih biji sagu ( abuk-abuk ) asalnya dlm daun pisang tapi zanie dah bolenkan dia..
tengukla dah tak pakai baju lagi tuh. huhuhu..
disini pn zanie nak terakan resepinya utk sapa2 yg sudi mencuba

Bahan-bahannya :
  • 2 cawan biji sagu.
  • 2 cawan kelapa parut ambil yg putih saja.
  • 3 s. m gula merah.
  • 3 s. m gula putih.
  • secubit garam.
  • Daun pisang secukup utk membungkus dan lidi yg dipotong anggaran 2" utk penyemat.
Cara-caranya :

1. Masukkan biji sagu dalam penapis lalukan dibawah air paip seketika dan toskan.

2. Campurkan biji sagu kelapa putih tadi dan secubit garam. gaul rata.

3. gula putih dan gula merah di campur bersatu, ketepikan untuk initinya.

4. Ambil 1 sudu makan campuran biji sagu tadi dalam kelongsong daun pisang,masukkan 1 sudu campuran gula tadi, masukkan campuran sagu tadi utk menutupi gula yg ada tu.

5. Semat kelongsong yg dah berisi tadi dengan penyemat lidi.

6. Didihkan air dalam pengukus susun kuih abuk-abuk tadi.

7. Kukus 10 - 15 minit. sedap dimakan waktu kuih masih panas lagi.

Selamat menTRY yerk..!!!


IKAN SWEET SOUR

Bulan puasa nie zanie agak bz, tak dapatlah nak update resipi sepenuhnya. jadi ada kesempatan ni zanie update laa
Ikan ni zanie masak masam manis. sodap tau..!! kalau tak caya tanya sama itu ikan laa...

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 ekor ikan talapia saiz kecik
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 4 potong nenas ( dlm tin )
  • 1 bj capsicum hijau
  • 4 btg jagung ( dlm tin )
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.
  8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung

BIG HUG FROM NUR

Terima kasih atas persahabatan ini...kata2 hikmah dari NUR JB





















SAYUR LODEH - KUAH LONTONG

Sayur_lodeh

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

DAGING GORENG NANAS

Img_0327

masam manis nanas + daging...

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 500g daging dihiris
  • 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
  • 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
  • 2 sd besar sos tomato
  • 2 sd besar sos tiram
  • 1 sd besar rempah kari daging
  • 1 sd kecil lada hitam (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
  • bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
  • minyak masak dan garam

Cara-cara

  1. panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  3. masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

TAG FROM HAZILA



Ini tag dari Hazila,

1. Nama timangan-
  • Keluarga panggil Kak Ngah, anak sedara panggil mak Ngah ( saya dan suami anak kedua )
  • Kawan kawan panggil eizan

2. Saya seorang yang -

  • Peramah kalau dah kenal
  • A bit sensitive
  • tak berapa minat shopping
  • Suka buat kerja dengan segera tak suka tangguh
  • Kadang kala cenggeh gak
  • Streat bila ngadap bisnes
  • Tak suka orang ganggu bila saya sedang buat kerja
  • Suka suasana sentimental gitu..kan boleh ngelamun
3. Insan2 teristimewa -
  • Suami, Keluarga ( Mak,Abah & Adik Beradik, ipar duai, biras..bukan beras tau), dan rakan2 bisnes especialy rakan2 siber laaa..
4. Makanan -
  • Saya tak berapa memilih tentang makanan,asalkan yg pedas2, lagi pedas lagi uummpphh... apa2 pn boleh asalkan bukan batu dgn kayu sudah ler tapi aku tetap maintain slim aja dari anak daro sampai le dah jadi mak daro
5. Favourite colour -
  • Suka warna pink, purpple dan apple green.
6. Favourite song -
  • Permata buat Isteri
  • Dendang Perantau.
  • Pulanglah
7. Benda yg membuat anda stress -
  • Bila org tak tepati janji
  • Bila org buat saya menunggu
  • Bila berdepan dgn customer yg banyak kerenah
  • Bila sedang memandu jln plak jem giler...uwaaa....
8. 3 benda dalam wallet -
  • Duit
  • IC
  • Lesen memandu
  • Card Credit
9. Kali terakhir menangis beriya-iya-
  • Bila saya lulus test on the road masa duk di Sabah ( nangis gumbira ) kehkeh..
  • Bila saya di ijab kabulkan.. sedih ooo, nak tinggalkan mak, abah, sbb nak kena ikut mana laki bawak. hihihi...
  • Bila dapat bacakan surah Yasin N Ayat Ru'yah masa abah nazak
  • Bila dapat ajarkan abah mengucap 2 kalimasyahadah sebelum ia menghembus nafasnya yg terakhir 2 thn lepas. ALLAHUAKBAR.!!!
  • Lastly..menangis bila x tahan sangat dengan ragam anak2..uwwaaaa.....

10. Saya dengan sukacitanya nak tag kawan kawan yg kat bawah ni. Tapi kalau dah pernah buat, tak perlulah.

  • Hati. Tisu
  • Deeyana
  • Nur JB
  • Embun
  • AlongRoz
  • Intan JB
  • Ela Qattar
  • Cikwan
  • Bro Rozzan
  • Zira fp

AWARD FROM EMBUN


tidak dapat diucap dgn kata2 melainkan luahan keterharuan dgn pemberian yg sungguh bermakna ini..tengkiu embun.. tq sooo much moga kita terus bersahabat walau hanya dialam fantasi ( siber laa...) I LAB U..

BAHULU LAPIS KOKO

Lapis_koko

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 350 g tepung gandum - sangar hingga ringan
  • 20 biji kuning telur - A
  • 12 biji putih telur
  • 480 g gula halus
  • 1 sm vanilla oil/esen vanilla
  • 3 sb rata serbuk koko - ayak
  • 4 sb susu pekat manis
BAHAN PERSEDIAAN :-
  • 30 g mentega
  • 50 g QBB

Cara-cara

  1. Mentega dan QBB dicairkan dan ketepikan,utk dibuat sapu pd lapisan kek.
  2. Dlm mangkuk mixer,pukul putih telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula dan terus pukul hingga pekat.Masukkan pula kuning telur sebiji2 dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 dan pukul terus,masukkan pula vanilla dan pukul lagi hingga rata dgn kelajuan sederhana.
  4. Adunan dibahagi dua,satu bahagian campurkan koko dan susu manis,satu bahagian lagi dibiarkan plain.
  5. Loyang di alas kertas dan disapu mentega lebih2.
  6. Bakar selapis2 dgn menggunakan api grill berselang-seli warna koko dan plain=3 senduk setiap lapis,mulakan dgn yg plain dahulu.Untuk lapisan koko,setelah di bakar,sapu dgn mentega,QBB yg cair tadi lebih2.Bakar selapis2 hingga habis.

CAPPUCINO CRUNCH

Capuccino_crunch

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 50 kpg )

  • 250 g mentega - lembut
  • 160 g gula serbuk
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sb coffee oil
  • 1 sb serbuk koko
  • 80 g tepung susu
  • 50 g tepung kacang hazel (atau apa saja kekacang yg dikisar halus)
  • 350 g tepung gandum
  • 250 g choc. block - potong dadu kecil (utk inti)
  • 250 g choc.masakan *
  • 1 sb mentega *
  • Bahan bertanda * dicairkan secara double-boil
  • secukup bahan hiasan :- 100 thousands atau kekacang yg di cincang
  • secukup mangkuk kertas yg kecil

Cara-cara

  1. Dalam sebuah mangkuk, kacau 4 bahan pertama hingga rata.
  2. Masukkan 3 bahan berikutnya dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Ambil sedikit adunan,isikan sebutir choc. block yg didadu dan bentukkan bulat seperti guli dan susun diatas dulang pembakar.Buat hingga habis.Bakar hingga masak pd suhu 150C selama 10-15 min.Sejukkan biskut.
  5. Celup biskut ke dlm choc. cair dan isikan kedlm mangkuk2 kertas dan taburkan atasnya dgn bahan hiasan pilihan masing2.
  6. Biarkan choc.nya keras sebelum disimpan di dlm bekas yg bertutup rapat.(boleh juga dimasukkan didlm freezer 2-3 min saje setakat utk membekukan choc.)

QUOTE FROM NUR


Friendship Quotes Glitter Graphics

Terharu sungguh hati ini..uuwaa..( nangis ) dgn hadiah yg terlalu

berharga dan x ternilai special from nur ( cetusan rasa )

tq very2 much nur...semoga kekal abadi dlm sanubari ku

I love your quote very much N i love you...muuuuaahhh...

HADIAH FOTO UTK TEMAN2 DIALAM MAYA


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM..!

salam buat teman2 siber tersayang ;

Sebagai tanda Ukhuwwah perkenalan N persahabatan dialam maya ini zanie dgn senang hati nak berkongsi dgn teman2 sudilah kiranya memanjangkan tag dari zanie...dikesempatan ini zanie ingin memohon berbanyak2 ampun N maaf andai selama zanie dialam siber ini ada hati2 yg terusik, halalkan resepi2 yg telah zanie copypaste..zanie cuma ingin mengetengahkannya kepada pengunjung blog ini moga dapat dimanafaatkan bersama. AMPUN LATUUK..AMPUN LATIIIN. hihihi... so...kepada sume teman2 yg ada dilink sebelah tuuu..jgn segan silu yerk...amiklah adiah dari zanie, amik jgn x amik... muaah...cayang sume..lastly gambo ni zanie suka coz ia mirip wajah zanie..uuih...perasan plak aku nie.wakakaka...

nie zanie nak tag teman2 yg paling zanie uurmm...SAYANG..!!!

cuba teka..jengjengjeng....

1. Bro Rozzan - manyak resepi rozzan ada diblog zanie, thanx bro moga resepi2 bro dpt dimanafaatkan brsama ( minta halalkan yerk )

2. cikwan - owang yg prtama2 kali menghadiahkan tag bersinar selama ramadhan di blog ini. tabik cikwan

3. Embun menitik - hadiah munga mawar N kad raya mu ku hargai, moga ukhuwwah perkenalan kita berpanjangan.

4. Ela - kad raya yg comel

5. Leeza - semoga tambah brsinar mcm lampu liplap tuu...

6. utk sume yg ada dilink sebelah tu..ahaks..!! jgn malu2 eak.. sudi-sudikanlah ya..!! you all tetap dihati gak, jadi...amiklah tag dari zanie, free..xyah bayo

TOMYAM TANPA PERENCAH

Tomyam

haniaz@myresipi.com


Bahan-bahan ( sekeluarga makan )

  • 2 keping dada ayam
  • *2 biji tomato masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 labu bawang besar
  • *2-3 hiris lengkuas
  • *3-5 biji cili padi
  • (bahan2 bertanda * dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 keping asam keping
  • Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
  • Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar
  2. Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le
  3. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping
  4. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar
  5. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

SALAM UKHUWWAH

KURMA ISREAL

Assalamualaikum..

Muslimin dan muslimat,

Janganlah mudah terpengaruh dengan makanan yg 'shubhah'. Astaghfirullah'azim

Pls support the boycotting.

Product of Israel
TOLONG SEBARKAN, KURMA ISRAEL : Jangan mudah terpengaruh dengan makanan yang 'shubhah'.

Salam,
Sekarang bulan puasa bakal menjelma ...( zanie copypaste nie dah hari yg ke12 puasa..x per kan!! belum terlewat) berhati-hati ... becareful of Kurma Yahudi .. . Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ... dan diimport serta dikotakkan
di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia
dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya ... dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk
tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD ..

copypaste from embun menitik

AGAR - AGAR KOKTAIL

Agar-agar

honey@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

KAD RAYA FROM EMBUN & ELA


Yeayea..!! zanie dpt kad raya..hihi..seronok walau masih lama lagi nak raya tapi dah terasa bahangnya. TQ Embun..Ela.. semoga dgn kehadiran kad ini ukhwah perkenalan dan persahabatan dgn rakan-rakan dialam siber ini berpanjangan. SALAM IDUL FITRI MAAF DZAHIR ...

DAGING HITAM MANIS

Dsc01026

sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500g daging - dihiris nipis
  • 1camca teh serbuk kunyit
  • garam
  • 200ml minyak masak
  • 7 bj bwg merah *
  • 5 ulas bwg putih *
  • 1/2 cwn kicap pekat
  • 1/4 cawan cuka
  • sedikit gula
  • 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
  • 2 labu bawang besar- potong dadu
  • 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
  • * ditumbuk bersama
  • 60g halia*

Cara-cara

  1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
  2. Goreng daging kira-kira 5 minit
  3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
  4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
  5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan.

PEPES TAUHU

Pepes_tahu

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-6 bungkus )

  • 2 keping tauhu yang kecil
  • 1 tangkai lada merah - hiris bulat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 sb santan pekat
  • 1 tangkai daun bawang - hiris
  • 100 g udang hidup - buang kulit dan potong kecil2
  • garam secukup rasa
  • secukup daun pisang utk membungkus

Cara-cara

  1. Ramas tauhu dan campurkan dgn bahan2 yg lain dan gaul hingga sebati .(jika ingin menyediakan awal dan simpan sebelum membakar,elok gunakan sarung tangan ketika meramas adunan tauhu utk mengelak drpd cepat basi.)
  2. Bubuh 2 sb adunan ke dlm daun pisang yg disediakan dan bungkus kemas2,semat kedua2 hujung daun pisang dgn lidi.
  3. Bakar hingga masak lebih kurang 20-30 min. Boleh dibakar dlm oven atau dipanggang secara bbq.
  4. Diatas adalah cara2 sebenar mengikut resipi asal...tapi saya menumis bwg putih dan udang hidup sehingga bangkit bau bwg putih, baru dicampur dgn bahan2 yg lain...selamat mencube....

KAILAN IKAN MASIN

Img_0574

bayu-tt@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng
Cara- caranya

Masak seperti biasa