MY CENDOL


Bahan sampingan
  • 1 liter santan (dari 1½ biji kelapa)
  • Sedikit garam
  • secukup kacang merah yg telah di rebus empuk
Bahan Cendol
  • 20 helai daun pandan } dikisar
  • 500ml air } & ditapis
  • sedikit pewarna hijau
  • 1 camt. air kapur
  • 150 g. tepung kacang hijau (Hoen Kwee)
  • 1 camB. tepung beras
  • 430 ml air

Bahan Air Gula
  • 300 g. gula melaka (dicincang)
  • 100 g. gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuatnya:
  1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
  2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
  3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
  4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
  6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kcang merah yg telah di rebus empuk juga kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula

IKAN KAPAK 3 RASA


  • 1 ekor ikan kapak
  • 2 biji bawang besar kuning (potong dadu)
  • 1 batang karrot - potong dadu
  • 1/2 biji nanas yg masak - di potong dadu
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 cm halia mayang halus
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • garam, gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Lumurkan garam pada ikan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  1. Panaskan minyak goreng nanas hingga warna berubah kekuninggan, masuk halia, bwg putih cili kisar,goreng sampai naik wangi.
  2. Masukkan karrot, bawang besar dan nanas kacau biar rata masuk pula 2 jenis sos tadi kacau lagi biar mendidih masukan garam, gula dan perasa secukupnya baru msukkan ikan yg di goreng tadi.
  3. Kacau rata, matikan api sedia utk di hidang

CHOC. BANANA MUFFIN



Bahannya :
  • 100 grm pisang
  • 100 grm tepung gandum
  • 50 grm mentega cair
  • 20 grm serbuk koko
  • 50 grm gula castor
  • 1 biji telur - suhu bilik - pukul sedikit dgn garfu
  • 1 sk baking powder
  • 50 ml susu segar
carannya :
  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Satukan tepung, baking powder, gula N serbuk koko kacau biar bersatu N rata semuanya.
  2. Lenyek pisang hingga hancur dan agak halus, masuk susu segar kedalam pisang tadi kacau rata.
  3. Kemudian masukkan pula telur kacau agar sebati.Masukkan campuran tepung tadi kacau rata. akhir sekali masukkan mentega cair, kacau biar sebati.
  4. Ambil acuan muffin / cawan kertas masukkan anggaran 2/3 penuh, bubuh hirisan pisang di atasnya.
  5. Bakar selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing2 ya...

AYAM MASAK ASAM PEDAS


Bahan-bahan

  • 2-3 potong ayam - dibersihkan
  • secekak daun kesum
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 in halia
  • 1/2 in kunyit hidup

Cara-cara

  1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik bau dan garing
  2. Masukkan ayam gaul rata masukkan air sedikit, tutup periuk biar hingga ayam empuk setelah empuk masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

JOM LAYAN GAMBAR YG COMEI NIE

Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat kepada.. lupa la plak sape namanya yg telah berlangsung pada 26 /6 di kediaman ayah& bonda tercintanya iaitu di Pt Markom Benut

Pengantin berpozing dgn basikal antiknya


antik x kereta pengantin nie?
---------------------------------------------------------------------------------------------

Comei2 kan anak2 nie, huhu.. nie my cousin khatam alquran yg lelaki pulak akan berkhatan pada keesokkannya. Majlis dibuat mcm org nak buat kenduri kahwin...kad undangan ada class..masing2 berpakaian pengantin siap pelamin bagai...meriah sungguh... kalau nak kate makanan, kus mangat x terlayan dek tekak, apa x nya ada set briani, set nasi putih, sate, lontong, beehoon sup, dessert plak ada bubur pulut hitam memang sedap, cendolnya...ermm.. lagi sodaaap...air mcm2 jenis air sampai x tau nak pilih yg mane.makan sampingan penoh disusun dpn meja hadirin tapi syg x snap gambar plak..apapn memang tabik habis pada makcik2 ku yg menganjurkan pogram yg meriah ini. kepada Puan Siti Rohaya, Puan Siti Rohaidah,Puan Siti Sharifah, Puan Siti Malisa, Puan Siti Norizan anak kepada pasangan Puan Fatimah bte Sulaiman dan Allahyarham En Sarwan bin Buat,moga majlis yg telah berjalan lancar ini mendapat keberkatan dari yg Maha Esa..AMIN !!


PENGAT LABU DGN PISANG + BIJI SAGU

Salam bersiaran kembali..lama kan x update blog, eheh..biasa la kaann...mud x derk, tu yg x jengah umah...entah hape hangin baru teringat nak belek2 ...ada la ckit resepi yg zanie akan selitkan utk di kongsi bersama....ialah pada yg sudi dan ingin mencuba kaaan!!


Resepi mcm biasa lah cume zanie tambah bahan2 lain dalam pengat nie N zanie cume pakai campak2 aje x ada sukatan / resepi yg tepat


EHEHEH... JADI SIFU SEKEJAP...

Hari ini zanie bz sikit melayan kerenah anak buah Najwa Harnani & my cousin Nur Husna masih dlm tingkatan 5 taun nie nk ambil SPM memasing kata teringin nak belajar buat brownies..adeh3x dagdugdagdug jantung zanie, apa tidaknya fist time nak jadi bidan terjun gelabah gak kan!! apapn zanie kena yakinkan pada diaorg yg zanie pn boleh mcm org lain soo ptg tadi lepas solat dzohor zanie pun terus turun padang @ bukalah kelas main2 tuuu...eheheh...hasilnya? nantikan lah yaa!! tapi sori ler gambar x terang, bluuurrr Uuuu...!!!!

husna sedang mencairkan cooking choc + mentega. husna nie ligat budaknya, cepat tangkap apa yg zanie tunjuk ajar.tengoklah gelagatnya hanset x lekang dari tanganya

husna tengah masukkan adunan brownies dlm loyang


fist time layan student nie mcm nak tergelak pn ada, mcm2 gelagat diaorang tengoklah si husna nie x mau gambarnya di ambil sangup tutup muka dgn manggkuk. najwa tergelak sendiri bila tengok husna angkat manggkuk bila gambarnya di ambil

Jeng3x... Nie la hasilnya..

dah tinggal suku loyang puuunnn ..... diaorg dah x sabar nak makan sb bau coklat tu dah menusuk kelubang idong..keluar saje dari aben terus kena bedah siasat sb nak tengok hasilnya..huhuhu.... sabao aje ler..bebudak nie. apapn kitaorg happy dgn XTVT petang tadi



nyum5x..sedap x? tengok la lelehan coklat tu! ermmm..yummy!!!

LABU MASAK LEMAK



Bahannya :

  • 1/2 biji labu kuning(di potong besar skit - rebus 1/2 masak)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil (udang kering juga boleh)
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili besar
  • Sedikit garam dan perasa

Cara-cara

  1. Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi. akhir sekali masukan bawang merah, garam dan ajinamota serta lada sulah.
  2. Siap untuk di santap bersama keluarga. * semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak.

KEK PUDING KARAMEL



Bahan-bahan:

Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan paste pandan
  • 20g mentega- dicairkan
Cara membuatnya:
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Cairkan mentega dan ketepikan
Untuk karamel
  1. Gula +1 sudu air.
  2. Panaskan sehingga jadi warna perang.
  3. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api.
  4. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding.
  1. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  2. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
  3. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau.
  4. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapis adunan ni masuk ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span.
  1. Masuk semua bahan kecuali minyak. putar laju sampai kembang
  2. Masuk butter cair - gaul rata hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ni masuk dalam loyang puding tadi.
  4. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding..
  5. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

KEK CHOC MOIST AGAIN


Bahan:-
  • 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  • 1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telor gred A
  • 125 gm butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko *
  • 1/2 sudu teh nescafe *
  • 1/4 cawan gula halus *
  • 1/2 cawan air panas *
  • 1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih.
  3. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati.
  5. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Untuk Chocolate Ganache:-
  • 100 gm coklat masakan
  • 50 ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh butter

Untuk Ganache:
  1. SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...

KEK CHOC MOIST



Bahannya :
  • 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  • 1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telor gred A
  • 125 gm butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko *
  • 1/2 sudu teh nescafe *
  • 1/4 cawan gula halus *
  • 1/2 cawan air panas *
  • 1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)




Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih.
  3. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati.
  5. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..


Untuk Chocolate Ganache:-
  • 100 gm coklat masakan
  • 50 ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh butter
Untuk Ganache:
  1. SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...


CHOC MUFFIN



Bahannya:
  • 250g tepung serbaguna
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 2 tbsp serbuk koko
  • 175g gula kastor
  • 150g coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak sayur
  • 1 biji telur (A size)
  • 1tsp esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
  2. Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
  3. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata. Masukkan coklat cip dan gaul rata. Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
  4. Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit

AGAR - AGAR @ PUDING JAGUNG


Bahannya :
  • 1000 air
  • 180 grm gula pasir
  • 1 peket serbuk agar - agar / 20 grm agar2 bertali
  • 1 tin krim jagung
  • 1/2 tin susu sejat /santan pekat
  • 2 biji telur - kacau sedikit
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

caranya :
  1. Sediakan acuan..ratakan jagung tadikedalamnya.
  2. Satukan agar2 serbuk, gula, air masak hingga semuanya larut dan mendidih.
  3. Angkat dan tuang dalam acuan tadi anggaran ketebalan 1 in, sejukkan...
  4. Masukkan susu, telur, esen vanilla N warna kuning kedalam agar2 yg selebihnya tadi.
  5. Masak hingga mendidih sambil dikacau agar sebati.
  6. Matikan api, tuang bahan campuran tadi ke atas lapisan puding yg telah di sejukkan tadi..sejukkan sebelum di hidang..

STRAWBERRY & PANDAN MUFFIN


Bahan:-
  • 180 gm mentega
  • 140 gm gula halus
  • 2 biji telor gred A
  • 100 ml susu segar
  • 220 gm tepung gandum ] disatukan dan
  • 1 camca teh baking powder ] diayak
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • sedikit strawberry chips
Cara Membuat:-
  1. Putar mentega bersam gula hingga putih. Tambah telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/papercup yang dialas dengan acuan muffin 3/4 penuh.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 18 - 20 min.
  6. Sejukkan atas wire rack sebelum dihidang.

** Zanie bubuh inti nanas utk resepi pandan muffin...sedap jugak............

LAUK KU

ROJAK PETIS


SAYUR GORENG BENDI & TEMPE




TELUR MATA LEMBU MASAK KICAP